Follow me on twitter!

Fans :D

Follow by Email

February 26, 2009

Kisah yg Indah~


Seorang Muslim tua Amerika tinggal di sebuah ladang peternakan di daerah pegunungan di timur Kentucky dengan cucu mudanya. Setiap pagi si datuk akan bangun awal dan duduk di meja dapur sambil membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti dia dan dia mencuba untuk meniru dalam setiap cara yang dia mampu. Suatu hari sang cucu bertanya, "Atuk! Saya mencuba untuk membaca Alquran seperti anda tetapi saya tidak mengerti, dan memahami apa yang saya lakukan, saya lupa, lantas saya menutup buku. Apa kebaikan yang kita dapat dengan membaca Al-Quran ? "
Datuk tersebut dengan tenang berpaling daripada meletakkan batu arang di dalam dapur arangnya dan menjawab, "Ambil keranjang arang batu ini turun ke sungai dan bawakan saya kembali sebuah keranjang berisi air."
Anak itu lantas membuat apa yang di suruh Atuknya, tetapi semua air tersebut bocor keluar sebelum dia sempat kembali ke rumah. Atuknya tertawa dan berkata, "Kamu harus bergerak lebih cepat sedikit pada waktu berikutnya," dia dan menyuruhnya kembali ke sungai dengan keranjang untuk mencuba lagi. Kali ini budak lelaki itu berlari lebih cepat, tetapi keranjang telah kosong sebelum dia kembali rumah. Kehabisan nafas, dia memberitahu atuknya bahawa tidak mungkin untuk membawa air dalam keranjang, dan dia pergi untuk mendapatkan baldi sebagai gantinya. Si tua berkata, "Saya tidak mau baldi air; Saya menginginkan sebuah keranjang air. Setakat usaha kamu tadi belum cukup, kamu harus berusaha lebih keras lagi," dia keluar dari pintu rumahnya untuk menonton cucunya mencuba lagi.
Pada kali ini, budak itu tahu ianya mustahil, tetapi dia ingin menunjukkan kepada datuknya bahwa meskipun dia berlari secepat dia mampu, air itu nanti akan keluar juga sebelum dia sempat kembali ke rumah lagi. Budak itu mencelup keranjang ke dalam air dan berlari secepatnya, tetapi apabila dia telah sampai kepada datuknya keranjang tersebut telah kosong lagi. Terengah-engah, ia berkata, "Lihat atuk, ia tidak berguna langsung, sia-sia sahaja!" "Jadi kamu fikir ianya sia-sia?" Si tua berkata, "Lihatlah pada keranjang itu."
Budak itu melihat pada keranjang dan untuk pertama kalinya dia menyedari bahawa keranjang itu telah berbeza dari sebelumnya. Ia telah berubah dari sebuah keranjang arang baru lama yang kotor dan kini telah bersih, di dalam dan di luar.
"Anakku, itulah yang terjadi saat kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak memahami atau ingat segalanya, tetapi ketika Anda membacanya, kamu akan Berubah, di dalam dan di luar. Itulah pekerjaan Allah dalam kehidupan kita."
Jika Anda merasa ini sangat baik untuk dibaca, sila sampaikan kepada teman anda. Nabi Muhammad (SAW) bersabda, maksudnya: "Barangsiapa melakukan kebaikan, dia akan dibalasi dengan kebaikan"

February 13, 2009

GURU



Satu hari Nabi Muhammad SAW bertanya kpd seorg sahabat tentang sesuatu keraguan. Setelah mendapat jawapannya, baginda berkata 'terima kasih guru'.
Kisah tersebut jelas menceritakan kepada kita betapa pentingnya tunjuk ajar. Sesiapa sahaja, walaupun mereka muda atau tua, kacak atau buruk, ajaran yg baik elok sahaja diterima dan dihargai. Bagaimana? Doakanlah kesejahteraan mereka. Jadilah insan yg baik kerana anda, kita merupakan bukti ataupun hasil 'titik peluh' mereka. Kegagalan atau kejayaan kita pasti mempunyai hubungan dgn guru.

Post nih ditujukan khas untuk semua guru.. Betapa besarnya pengorbanan guru.Tanpa mereka siapalah kita..Inilah hasil tgn sebagai tanda terima kasih kepada seluruh warga pendidik. Khususnya kepada semua guru saya yg tidak pernah jemu mendidik dan menerapkan nilai murni,ilmu, dan semangat, juga memimpin ke arah yg lebih baik. Terima kasih guru!!! Jasamu tetap dikenang sehingga akhir hayat.~


Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik: Hashim Ahmad


Sajak Untuk Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Cerita Saya...:Road to East Asean Youth Leadership Forum

Assalamualaikum...~
Sbnrnya xda niat nak cter pasal nih.. tp ader kwn yg mintak...Jd untuk tidak melukakan hati beliau.. saya nak cerita serba sedikit tentang kunjungan ke bangkok pada tahun 2007 dan 2008(sbnrnye saye pegi dua kali, tahun 2008 kementerian telefon ke sekolah mengatakan perlu seseorg yg dah ade pengalaman di sane.. so nampaknye saye bernaseb baek,, rezeki..Alhamdulillah.)..

Ok2... berbalik kepada 'trip' pertama saya ke bangkok,, pada November 2007.. Ceritanya begini...

Satu hari, cikgu saya yang cukup dikenali di sekolah(dedikasi dan semangatnya) datang menjenguk saya di bilik guru...Apa yang saya buat di BILIK GURU? Nanti saya cerita. OK sambung balik.. Beliau(cikgu saya tuh) datang bersama 'org kuat' sekolah, tak lain xbukan pen.kanan kami yang sentiasa segak dan kemas. **Wah2**. Kedatangan mereka agak mengejutkan. Pada saat dan ketika ini, saya agak sibuk dengan persiapan pasukan Formula 1(mylonglasting team GOLDEN ZR) yang akan bertanding ke peringkat nasional xlama lagi. Cikgu tersebut memanggil saya yg ketika itu sedang sibuk menatap litar, meneliti litar yg tetibe 'problem'.. "alai,cmner nih".. keluh slh seorg rakanku...
"Harinn, cikgu nak jumpe", terhenti seketika keasyikan 'melayan' litar yg dari tadi buat mslh..

Huh..**Ape lagi nih**..

Apa yg saya harapkan ketika itu ialah berita yang baik2 sahaja kerana saya ingin mengenepikan semua gangguan untuk memfokuskan kepada Formula 1 nih..iyalah.. pertama kali bertanding, masok peringkat nasional plak.. Besar harapan kami agar dapat menjulang piala(kalau x pun salah satu anugerah dahle) pada pertandingan yang akan bertempat di Times Square,KL nanti.
"Cikgu ade bende nk bincang nih", ingat lagi saya nada yg slumber tp agak serius beliau.
"Camni, sekolah telah memilih awak untuk mewakili negara, ada kursus kepimpinan", jelas beliau.**Alamak!Abesla akuh**..
"Kat mane cikgu?", tanyaku dengan nada cemas dan agak xbersedia.
"Di Bangkok?".. huis..jauhnyer.. alemek, saya sblm ni Perlis pun xlepas lg, inikan pula bangkok, Thailand. teringat pula saya tentang peristiwa org ISlam dibunuh secara kejam Thailand. Mcm2 saya bayangkan. Arghh.. Itu di selatan Thai.. ini Bangkok.. xpe2.. 'think positive'..

"Bila cikgu?", soalan yg paling penting.. saya ajukan kpd cikguku itu..
"Erm. nila mslnhyer.. Tarikhnye clash dgn F1 kamu tuh", ringkas, mudah dan selambe..
Nampaknye mmg tepat jangkaan saya.. Dah agak da.. Situasi mcm ni mesti akan berlaku..
"Kita kne bincang, kamu kne buat keputusan, kalau kamu xnk kami bg org laen. Tp ingat, peluang xdtg dua kali. Kami nk keputusan skrg.Urgent!"
**Wah2, sudahla dtg tiba2..Xpe2 saya phm cikgu.. Biasela tugas** adui..cmne nih..
Saya pun meminta izin kpd cikgu untuk pergi berbincang dgn 'team'. Amat penting utk kami bincang perkara ini.Setakat ini semua keputusan kami bincangkan sepakat. Inikan pula perkara yang amat penting ini. mana xnya. Saya ketua kumpulan a.k.a. Team Manager Golden ZR. Org kate ketua tu nadi. Mcm manusia, tnpa nadi jadila zombie(mayat hidup). Xkn saya nak biarkan rakan2 terkapai2 di Times Square nanti. Saya tahu mereka perlukan saya, sebagai ketua..dan sahabat..

Saya memanggil rakan2. Dibawa berkumpul.
"Weh, Kite ade mslh sket r", saya cuba mengawal keadaan.
"Ape? Kereta rosak? tayar ok kan?" , "Xcukup duit ker" , "Mesin ok jer" , "Ko nak balik ker?"
"Ape mslhnyer?", "harinn, KO ok ker?", bertalu-talu soalan rakanku bertiga nih ajukan. Aku tahu mereka pun cemas juga. Gelora pertandingan yg xlama saja lagi membuatkan darah muda mereka membuak-buak. Kini, segalanya telah mereka dan saya korbankan. Apa mslhnya lg? Alahai...
Akhirnya saya terangkan situasi yg sbnrnya skrg. Suasana tiba2 sunyi seketika. Masing memandang saya dengan tajam. Tersimpan kata2/perasaan/isi hati yg mendalam.
"Abes tu, cmner? Ko nk pegi mane satu?", tanya salah seorg daripada mereka.
Saya terkedu. Xtahu nk jawap apa dan bagaimana.
"kalau ko xp F1, ktorg xnk p gak!", tiba2 rakanku mencelah, menambah perasan bersalah saya. Seolah-olah mereka dapat membaca isi hati yg saya pendam ini.
"harinn..!!cmner nih?", ada rakanku yg memujuk, cuba menenangkan suasana.

bersambung...

February 12, 2009

Editing..... BOSAN SGT!!

disebabkan terlampau bosan..
tangan ni tergatal jap 'melawat' photoshop utk men'design'
haha..

comment plz...!!!

February 11, 2009

Poems Of The Month!~


Don't Cry Little Angel
by Chris


Don't cry little angel,
Your heart is in good hands.
You'll go the distance,
You'll travel distant lands.
Don't worry little angel,
Your tears will soon disappear.
You'll kill the pain and stand
With out fear.
Don't run little angel,
I won't let you down.
With my caress, and all the faith,
You'll forget how to frown.
Keep standing little angel,
Because I won't let you fall.
Believe it, I was there with
Just one call.
Don't hide little angel,
There's no need to conceal.
Don't fear what your thinking,
Don't fear what you feel.
Just sing little angel,
Let heaven hear the voice it made.
Your melody is strong,
Your harmony won't fade.
You can laugh little angel,
You just don't forget.
Laughing heals the soul,
No one's proven me wrong yet.
So smile little angel,
Release your beauty from within.
Destroy the past,
Let the future begin.
So don't cry little angel,
Because you can already see.
You can always and forever,
Forever count on me.

http://100-poems.com

Boring With Your Yahoo Messenger?


Your Ym doesn started? Cannot sign in? Too Slow? Ym too common..??
Dont worry.. Digsby present you something new..yet totally different..

JIKA KAMU MEMANCING IKAN.......


JIKA KAMU MEMANCING IKAN,SETELAH IKAN ITU TERLEKAT DI MATA KAIL,
HENDAKLAH KAMU MENGAMBIL TERUS IKAN ITU,
JGN SESEKALI KAMU LEPASKANNYA SEMULA KE DALAM AIR BEGITU SAJA KERANA IA AKAN SAKIT
OLEH SEBAB BISANYA KETAJAMAN MATA KAILMU DAN MUNGKIN IA AKN MENDERITA SELAGI IA MASIH IDUP…


BEGITU JUGA SETELAH KAMU MEMBERI BANYAK PENGHARAPAN KEPADA SESEORANG,
SETELAH IA MULA MENYAYANGIMU HENDAKLAH KAMU MENJAGA HATINYA,
JANGAN SESEKALI KAMU TERUS MENINGGALKANNYA BEGITU SAJA,
KERANA DIA AKAN TERLUKA OLEH KENANGAN BERSAMAMU,
MUNGKIN TIDAK DAPAT MELUPAKAN SEGALANYA SELAGI DIA MENGINGATIMU..


JIKA KAMU MENADAH AIR BIARLAH BERPADA-PADA,JGN TERLALU MENGHARAP
PADA TAKUNGANNYA DAN JANGANLAH KAMU MENGANGGAPNYA
BEGITU ISTIMEWA,ANGGAPLAH IA MANUSIA BIASA.
APABILA SEKALI DIA MELAKUKAN KESILAPAN BUKAN MUDAH BAGI KAMU UNTUK MENERIMANYA,
AKHIRNYA KAMU KECEWA DAN MENINGGALKANNYA.
SEDANGKAN JIKA KAMU MEMAAFKANNYA BOLEH JADI HUBUNGAN KAMU AKAN BERTERUSAN HINGGA KE AKHIRNYA..


JIKA KAMU TELAH MEMILIKI SEPINGGAN NASI,YANG KAMU PASTI BAIK UNTUK DIRIMU,
MENGENYANGKAN,BERKHASIAT.MENGAPA KAMU CUBA MENCARI MAKANAN YANG LAIN???
TERLALU MENGEJAR KELAZATAN,KELAK NASI ITU AKAN BASI DAN KAMU TIDAK BOLEH MEMAKANNYA..KAMU AKAN MENYESAL..


BEGITU JUGA JIKA KAMU BERTEMU DENGAN SESEORANG INSAN,YANG KAMU PASTI MEMBAWA
KEBAIKAN KEPADA DIRIMU.MENYAYANGIMU.MENGASIHIMU.MENGAPA KAMU BERLENGAH???
CUBA MEMBANDINGKANNYA DENGAN ORANG LAIN.TERLALU MENGEJAR KESEMPURNAAN.
KELAK,KAMU AKAN KEHILANGANNYA APABILA DIA MENJADI MILIK ORANG LAIN.
KAMU AKAN MENYESAL…

nukilan-sahabatku(shaheelafarhah)

TANDA-TANDA AWAL KANSER~!!



(1) Kanser pangkal rahim

- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara

- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar

- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru

- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut

- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa

- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari

- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak

- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat

- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)

- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak

- suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan

2) Alkohol

3) Sinaran cahaya matahari

4) Pengambilan ubat

5) Perokok yang tidak aktif

6) Tembakau

7) Radiasi

8) Pekerjaan

9) Pencemaran air dan udara

10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng

2) Hindari makanan ringan yang masam

3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas

4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin

5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi)

Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo.

Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

6. Bawang Goreng segera .

Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sumber-Anonymous

February 4, 2009

'10 AMALAN YANG TERBALIK'


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.
Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.
Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

February 3, 2009

Cinta VS Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

www.iLuvislam.com

Song of The Month



WE WILL NOT GO DOWN
(Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

February 2, 2009

Google Chrome


Google Chrome is a web browser developed by
Google and based on the WebKit Layout Engine and applivation framework. In December 2008, it had a share of 1.04% of the browser market. It was first released as a beta version for Microsoft Wondows on September 2, 2008. The name is derived from the graphical user interface frame, or "chrome", of web browsers. The public stable release was on December 11, 2008. Chromium is the open source project behind Google Chrome. The Google-authored portion of it is released under the BSD License, with other parts being subject to a variety of different permissive open-source licenses, including the MIT License, the LGPL the Microsoft Permissive license and a MPL/LGL/LGPL tri-license. It implements the same feature set as Chrome, but has a slightly different logo.

Superman__--__Jews?


Assalamualaikum
n heyya!

Maybe i will be attacked by the die hard fans of this famous superheroes icon, Superman but~, hey guys. no offense. No other intention, just want to share this information. Yes! Surely its about the Jews again.

Mate! Do you now that the name [ Kal-El ] means God in the Hebrew language. Superman, a mighty alien superhero created by Jerry Siegel and Joseph Shuster in order to raise the Jews' spirit and determination. Created in 1938, as a character in a comic, this iconic, handsome superhero was very famous indeed influence the people throughout the world.

Try asking a little children, even aged below 10. Even in an isolated places, they would laugh at you if your turn blurred, don't even know Superman. In fact, how important Superman as the Jews' icon was showed when the creator (Siegel & Shuster) were listed in The Jewish Contribution to the 20th Century, the famous book by Alan Symons. Shuster and Siegel also were named as the most important people for the Jews.

February 1, 2009

Kekejaman Zionis








"Wahai org beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada sesetengah yang lain, dan sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim,"

Surah al-Maidah
Ayat 51

Demikianlah firman Allah SWT tentang kaum Yahudi dan Nasrani, betapa liciknya mereka itu sehingga Allah telah memberikan amaran kepada mereka yang beriman bahawasanya kaum itu penuh dengan tipudaya dan helah. Tidak hairanlah keturunan Bani Israel ini melakukan kekejaman yang sudahpun jelas di mata dunia sekarang, hanya orang yang kejam dan sesat sahaja tidak akan menyedari realiti ini kerana sudahpun dikaburi dengan dosa kekejaman mereka sendiri.

Ini sedikit mukadimah. Berhubung dengan isu semasa, kekejaman laknatullah si Zionis mengasak, mengebom Gaza(bahkan dengan bom kimia, fosforus yang meninggalkan kesan jangka masa panjang), mari kita imbas kembali kekejaman yang tela dilakukan Zionis sepanjang kewujudan mereka. Ingat-ingatlah, nasib kita tidak selalunya baik. Bersedia. Besok mereka, mana tahu lusa kita pula yang menjadi mangsa.


  • 13 Disember 1947 -Yehida, sebuah perkampungan Islam berhampiran Petah Tekva(petempatan pertama zionis yang dibina pada 1878) diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera British melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk di perkampungan itu
  • 1 januari 1948 - Kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom menceroboh kampung Al-Sheikh(5km dari tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak
  • 9&10 April 1948 - Dalam operasi Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu seramai 250 orang Arab telah dibunuh dengan kejam dan mereka merogol wanita serta mebelah perut wanita hamil dan dikudungkan 52 kanak-kanak kaki dan tangan mereka
  • 11 julai 1948 - batalion ke-89 komando Yahudi diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle selepas berjaya menawan perkampungan itu. Seramai 100 orang menerima pengampunan itu dan berkumpul di Masjid Dhmash seperti yang dijanjikan dan akhirnya mereka ditembak mati
  • 15hingga18 September 1982 - 3000 kanak-kanak dan wanita Palesitn disembelih di khemah Sabra dan Shatila, Lubnan. Ketua tukang sembelih yang celaka itu ialah si laknat Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri ISrael
Nah. inilah sedikit fakta kecelakaan yang dilakukan negara HARAM Israel. Renungkan.~

sumber - Berita Harian