Pages

Follow me on twitter!

Fans :D

July 30, 2010

Listen up!




If there were one message I would like to give to young people, it would be that
they often talk too much and do not listen enough. Of course, young people have
their own opinions, but one doesn't learn by talking.
One only
learn by listening

- BERND PISCHETSRIEDER -

BMW - Volkswagen


July 29, 2010

Mulut





Mungkin bilangan mulut yg banyak ni mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Camne pun. Jomla mendengar sebab telinga lebih byk drpd mulut.

Insyaallah. ~




July 15, 2010

jangan



'janganlah ingat kau bagos sangat dan kau semuanya betul. Kelak nanti menyesal
dah terlambat. Semua orang perlu belajar,
prosesnya takkan berhenti.
Kau pulak berhentilah berhenti belajar. ok'



July 13, 2010

Tipu?



Macammane.. kalau semua benda yg kita lihat kat dunia ni tipu.?

Laptop ni tipu
Baju ni tipu
Rumah ni tipu
Pen ni tipu
Buku ni tipu
Henfon ni tipu

semua tipulah....

tak percaya?


“Dunia itu tiada lain hanyalah mata benda yang menipudaya” (Ali-Imran:185)



Mesti pening kepala kan nak mencari kebenaran yg tersembunyi. Iyalah,

kalaulah laptop ni tipu, macam mane yg tinggalkan? susahlah nak on9 tulis blog, ber'facebook' dsbi

kalaulah rumah ni tipu, mane la pulak nak tinggal? takkanlah nak kene duduk dlm gua mcm org zaman batu. Jadi Flintstone la pulak.

kalaulah buku ni tipu, habis tu apa yg akan jd bahan bacaan kita. macam mane pulak dgn ULAT2 buku yg hidupnya berlandaskan buku. Malaysia sudahlah parah tahap literasinya, ketinggalan pula. Kadar membaca seorg rakyat malaysia adalah 2 buku setahun. Parahlah mcm ni.

kalaulah henfon ni pun tipu, lgla........ mcm mane nk menghubungi rakan2 yg jauh. teman tapi mesra pulak mcm mane?

Baiklah.. Sbnrnye beralih kpd tujuan dan niat kita menggunakannya. Allah SWT menganugerahkan kita 'Freedom of choice'. Kita diberi peluang oleh-Nya menggunakan AKAL yg ada. Inilah juga yg bezakan antara anda dgn Paul si sotong,Mani si burung dan semuaaaa haiwan.

dan kita tidak dihukum berlandaskan apa yg kita guna, tapi bagaiman kita gunakan sesuatu.
tak pernah sekali pun dinyatakan bahwa Ba*i itu haiwan berdosa. tapi yg pasti memakannya adalah satu keharaman.


INGATlah. tipu yg paling bahaya ialah tipu daya SYAITAN laknatullah.. kerana ia telah berjanji, dan DIRESTUI Allah untuk menimbulkan segala tipu daya...

dan sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh kamu yg nyata...


di akhirat nanti, kita yg akan dipersalahkan atas semua dosa. Syaitan akan berkata
'Aku bisik je, sape suroh die ikut~'


Al Hadiid : 20. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.


July 12, 2010

,.,


Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.



one step ahead



Dulu, masa muda-muda, zaman berhingus, tingkatan 1. Pengetua, Pak Pin (bukan Ayah pin)
selalu tekankan one step ahead. Asal kelas mula, cikgu ghairah bagi soalan utk dijawab. Siapa yg tak dapat siaplah. 50 round padanglah jawabnya.

Sekarang, kau nak bunuh org, selamba jek. Siap boleh bangga dgn member sbb berani. Sape mati sbb xfit. Macam tu ek? Owh. Ini rupanya contoh kemajuan.
Tak lama lagi, entah ape jadi. Lelaki perempuan mana pergi. Sana sini pun dah berani melata tgk World Cup jam 4.30 pagi ramai-ramai. Kan bagus Subuh singgah Masjid.

Insyaallah.~

July 6, 2010

Mane Otak?


OK atas permintaan yg tinggi *uhuk* . Blog ini akhirnye diupd8 setelah
bersawang selama hampir sebulan. Bukannya tak mahu tapi tiada kesempatan masa. Pelik juga cuti yg sepatutnya punyai masa terluang boleh dikatakan bz.....Jadi mari beralih kpd isu kali ni.. Di timur tgh, kecoh SEBENTAR apabila kapal misi bantuan ke Gaza ditahan rejim Zionist. Alangkah menyayat hari apabila rakyat Tukri yg tidak bersalah dijadikan korban
kejahatan mereka. Di Perancis pula parlimen sibuk berdebat mengenai isu pemakaian purdah.
Kerajaan yg kononnya antara 'hero' demokrasi sedang berlawan dgn bayang2 sendiri.

TAPI................


Di Malaysia pula kita geli seketika apabila terdedah tentang pemansuhan UPSR dan PMR.

Mari kita telaah isu ni sebetul2nya...

*************************************************************

"Konsensus bebas berpendapat bahawa sistem pendidikan di Malaysia seolah-olah bergantung kepada citarasa menteri. Dasar pendidikan berubah mengikut perubahan penjawat portfolio menteri pelajaran,"

ini bukan saya yg cakap. tapi konsensus BEBAS, dgn kata lain ahli2 parlimen BEBAS yg tidak
terikat dgn mana2 'PARTY'

Nampaknya ada relevannya kenyataan tersebut. Kita sedia maklum, dlm 1 dekad ini, pelajar generasi kini seolah2 menjadi bahan eksperimentasi pak2 menteri yg ghairah demi nama diri..
Berikanlah contoh Pak Hisham ketika menjadi menteri dulu, PPSMI, naik sahaja Pak Muhyi, PPSMI dimansuhkan.. Apa yg paling menghairankan ialah mengapa keputusan itu tidak dibuat lama dahulu. Adakah persidangan awal mereka masing2 sebenarnya tidak bersetuju tetapi berdiam diri kerana keputusan terletak di tangan pak menteri pelajaran. Tambah kelakar apabila kerajaan mendedahkan kajian bahawa keputusan kajian terhadap PPSMI adalah negatif. APEKAAHHHHH!!? Setelah hampir 10 tahun pelajar kita merana dan ditipu dgn berita 'KEPUTUSAN MENINGKAT' di dada akhbar setiap kali peperiksaan awam, baru kebenaran hendak didedahkan?

Tapi biarlah. YG sudah itu kita lupakan sekejap. Berbalik kpd isu pemansuhan UPSR dan PMR.
Kerajaan sepatutnya menerangkan dgn jelas dahulu langkah2 seterusnya JIKA ianya dimansuhkan.
Kita sedia maklum betapa pentingya UPSR dan PMR, terutama dalam memilih pelajar cemerlang ke sekolah berasrama penuh(SBP) atau MRSM. baru2 ini terpampang di dada akhbar, cadangan Pak Muhyi supaya kemasukan ke SBP diadakan peperiksaan pemilihan... Wah.. Bernas. Tapi mari kita lihat masalahnya ;

  1. Nampaknya kerajaan dinaungan ***** ini mmg xpernah prihatin dgn masalah rakyat. Jikalau peperiksaan pemilihan dilaksanakan, berapa ramai yg akan mengambil bahagian. Masalah SEBENAR ialah kebanyakan pelajar kita TIDAK tahu pun kewujudan SBP. Ambil contoh pelajar bernama Harinn Hizhadi. Beliau tidak pun tahu kewujudan STAR,Ipoh sebelum tercampak ke sana. Hasil daripada perbualan dgn rakan2, hampir 78.9% peratus pelajar tidak tahu menahu tentang kewjuduan SBP. Justeru, manakah relevannya? Apa kerajaan tidak bimbang potensi pelajar cemerlang yg bakal dibazirkan hanya kerana kegagalan ketersampaian maklumat.
  2. PAk Muhyi juga ber*reason* dgn media bahawa ada pelajar yg tidak mahu ke SBP. Kenyataan ini sepatutnya tidak perlu disebut kerana mendedahkan 'kebijakan' beliau. Janganlah kerajaan kita menganggap anak kecik berusia 12 tahun ini ckup matang utk mmbuat keputusan samada mahu ke sekolah asrama atau tidak. Tidak kah terfikir kanak2 baya ini, keputusannya lebih byk dipengaruhi emosi drpd rasionalisasi.? Mungkinlah.. mungkin... Pak Muhyi hendak mendidik jiwa 'demokrasi' dlm hati diri anak2 kini.
  3. Kalau begitu pula, bagaimana dgn sekolah2 KLUSTER, SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, DAN mcm2 lglah kelompok skolah. Adakah perlu diadakan peperiksaan pemilihan juga? Masalah yg terhasil ini sebenarnya wujud drpd mama no1 Pak Menteri juga. Jangan slhkan org lain.
  4. dan yg paling penting, sebab utama pemansuhan ini adalah bertujuan utk membuat 'ura-ura' bahawa sistem pendidikan Malaysia berorientasikan peperiksaan.. Haish.. Memanglah namanya disebut berorientasikan PEPERIKSAAN, tapi bukan PEPERIKSAAN masalahnya, tetapi silibus pembelajaran dan kaedah pengajaran, ditambah pula dgn pengurusan sekolah yg bermasalah sebenarnya. Ambil contoh peperiksaan A-LEVEL utk ke luar negara. Sistemnya, separuh utk tahun pertama, dan sambungan utk tahun kedua. Markah akan dicampur utk kedua2 tahun. Lihat pula PMR dan SPM. Apa kaitannya? Tiada langsung. Sekadar mmberi 'lesen' kpd pelajar utk ke SBP adalah. Persoalan utamanya ialdah, kerajaan bukannya patut memansuhkan sistem peperiksaan, tapi perlu mengkaji kelemahan pengurusan dan kaedah pembelajaran. Kita bukannya hendak melahirkan guru Pendidikan KEsihatan yg hanya tahu membaling bola utk dipertandingkan, ataupun guru Agama yg bercerita ilmu 'maturity' kpd anak muridnya. Dan bukannya melahirkan nazir yg datang ke sekolah bermusim, yg akhirnya ditipu dgn 'preparation' sedia ada. Tapi kita mahu sistem pendidikan yg melahirkan individu yg dilengkapkan dgn 'critical thinking', yg akhirnya lahir menjadi insan berkualiti.
Kesimpulannya mudah. Pelik benar kerana mana hilangnya otak mereka2 ini? Mungkin sudah dicemari, ataupun terlampau sibuk bermain politik hingga agenda utama mereka utk 'bekerja' utk rakyat dilaksanakan dgn berjaya. Nampaknya akan menjadi realitilah, 'Rakyat di'Utama'kan ..' utk menjadi bahan eksperimen.

Moga2 generasi kini berfikir lagi. Insyaallah.~

July 2, 2010

GC


I admit I am a little bit outdated. SOrry but GC was very cool!!
Ignore the foul language. Just be aware of the messages and great
presentation of him..!!