Follow me on twitter!

Fans :D

Follow by Email

October 25, 2011

Hah.. Pe dia F*@$ , A@$#*(@), B&@&

Fuhhh.. Lamanya tak update blog tersyg ni.

Kesian pulak tgk berhabuk sana sini,.. Ikan dah tak xterbela, nasebla tak bernyawa betul2. Kalau x mesti dah arwah ni.

Assalamualaikum.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut” - Riwayat Ahmad


Haa.. Rasenye semua dah boleh agak tajuk post kali ni.

Kita bisa dgr kwn2 kita mencarut kan. Macam2 lah bunyiknya. Hampir setiap kaum ade carutan tersendiri. Melayu ada, Cina ada, India ada. MEnariknya, kaum Arab tak ada. Menurut ustaz Nizam, kaum Arab ni paling teruk pun ungkapan seperti yg dikeluarkan oleh Abu Jahal terhadap Rasulullah SAW sehingga dibalas oleh Allah SWT dlm surah Al-Masad

Mencarut,

Ada rakan yg 24/7 berbuih mulutnya dgn carutan. Makan mencarut, belajar mencarut, berborak mencarut, hampir setiap masa lah. Nak di jadikan cerita, mencarut tu dah jd mcm zikir plak. Rosak.. rosak.. 

Mencarut,

Ada pulak yg mencarut sebab melatah. Kalau Mak Minah melatah dgn ungkapan, 'Opocot mak kau'..
Rakan kita yg ni mencarut sbb latahan dia. Di usik sedikit, keluarlah mcm2 ungkapan. F ada, B ada, A ada.... Tak terkata.

Mencarut,

Bagi yg suka marah, mencarut ni dah jadi cara melepaskan marah. Lumrah kita dgr di Negaraku kalau marah je, mesti terkeluar perkataan B*** tu. 

Mencarut,

Zaman mukabuku ni, ada pulak yg mencarut melalui laman so-Sial. Sedih apabila ada rakan2 yg secara terangan mencarut dan mengeluarkan kata2 kesat tanpa haluan. Apakah motif utama? Nak kata marah, jeritlah kuat2, hentak kepala kat dinding ka, p larik 100m ka. Tapi apabila status FB dijadikan medium utk luahan ketidakpuashatian, rasionalnya masih kabur. 


Maruah

Mungkin ramai yg tidak sedar, atau lebih teruk lagi buat2 tidak sedar, betapa mencarut itu menjatuhkan maruah sendiri. Kita bebas mengeluarkan sebarang perkataan. Bak kata org Barat 'Freedom of Speech'. Tapi sedar atau tidak, apabila mencarut, kita sebnrnya menyebabkan org sekeliling berasa tidak selesa. 
Maruah kita sbnrnya tercalar. 'Respek' rakan2 mulai pudar. Cuba bygkan kalau imam masjid yg fasih mengaji suka mengeluarkan kata2 kesat. Ada ke makmum yg kan solat dibelakangnya?

Cikgu saya selalu pesan hal ini. Mencarut itu sebnrnya telah merendahkah martabat diri. Kita secara tidak langsung telah membuatkan org lain memandang rendah pada diri dgn mencarut. 


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”- 
Riwayat Bukhari dan Muslim


Mesti ramai yg pernah dgr hadis ni kan. Renung-renungkan Insyaallah.

Doing the right thing the wrong way, maybe?