Pages

Follow me on twitter!

Fans :D

April 28, 2011

Bukan mudah berkelana





Salam Jumaat


Berkesempatan beramah mesra dengan adik-adik dari MRSM Balik Pulau. Teringat pula kenangan semasa masih bersekolah.

Ya . Semua pernah melalui zaman sekolah. Bagi yang tidak, ruginya, turut simpati.
Ya . Semua pernah berhingus, menagih didikan guru.
Ya . Semua pernah berkawan ringkas, tanpa hipokrit

Itulah sekolah.

TAPI .. kemana selepas sekolah?

A-level?
Matrix?
Diploma?
STPM?
Ausmat?
SAT

merempit? dadah? rokok? kerja?


semuanya selepas sekolah.


pastikan pilihan itu tepat. realistik.

'aim the moon, at least you will reach the stars'.
walaupun kita maklum faktanya agak salah. mesej sangat penting.

dulu, senior saya kata, SPM ni exam paling susah dlm hidup.
rupanya salah.

Sempat memberi inspirasi.

Tak salah menuju menggapai langit. Tapi pastikan bumi dipijak dulu.


Kebanyakan org fikir perjalanan hidup sangat mudah. Kita merancang, Tuhan yg menentukan. 'Tell God your plan, He will laugh'. Dalam merancang, kita lupa tawakal. Kemudian berang pabila rancangan tak menjadi.

Bertanya, apa rancangan korg lepas SPM.

Optimis, 'blur', ragu, pessimis. Semua ada.

Rancanglah apa-apa pun. Yang penting. Bukan mudah berkelana.


(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (At-Taubah 9:112)




April 25, 2011

Size doesn't matter

Bonjour

Salam.


Siapa yg kenal mahmoud ahmadinejad. Presiden Iran yg lantang mengecam kuasa hegemoni barat? Tak kenal? Rugi. Kenal tak Napolean yg mengepalai Perancis? Memang lemah pengetahuan am kalau anda suma tak kenal slh sorg daripada dua.



'Straight to the point', mereka ni adalah pemimpin yg digentar dan dikagumi. Persamaan? Keduanya mempunyai ketinggian yg agak rendah jika nak dibandingkan dengan purata tinggi lelaki dewasa. Ahmadinejad mempunyai ketinggian kurang 6 kaki. Napolean pula dianggarkan kurang 5'6'' kaki. Rendah kan?

Kebanyakan org, biasanya hanya memandang org yg tinggi. Lumrah manusia, 'besar itu penting'. Jadi agak sukar bg mereka menerima pemimpin yg rendah. Fakta yg menarik, hampir kesemua calon presiden Amerika yg menang biasanya yg lebih tinggi. Ambil perhatian. BIASAnya, Bukan selalu.

Kesimpulannya agak lari dari topik. Ni nak bagitau. Kita mestilah keluar dari kepompong pemikiran yg lama. Isi di atas hanyalah contoh. Ada isi yg lebih penting utk disampaikan.

  • ramai sgt rakan yg menilai manusia melalui sifat luaran. sila bezakan antara personaliti dengan sikap, perangai dengan kematangan
  • ada yg lebih minat mendengar ucapan pada lapisan luar. cuba dengar intipati sebenarnya
  • memilih utk men'judge' org utk '1st impression' boleh, tapi tak berusaha utk mengenali lebih, sangat dangkal
  • jangan berusaha menonjolkan kebodohan

Itu saja


*post ini tiada unsur bias

April 24, 2011

Chips more'





Assalamualaikum

Mungkin kita tak sedar yg byk sgt benda dlm hidup ni yg macam chips more. 'Kejap ada, kejap tiada'..

  • idea . kadangkala idea mencurah-curah bila xdiperlukan. tapi tatkala memerah otak utk idea, hampa
  • kenyang . ni paling 'common' tapi kita xsedar.
  • motivasi . bermotivasi sgtlah senang tapi utk kekal bermotivasi sgt sukar
  • kesedaran . memang lumrah utk manusia tersedar daripada kesilapan. tapi ramai juga yg mengulanginya
  • kawan . sangat 'general'. kawan boleh dtg dan pergi. terutama kawan ketawa
  • rajin . susahnya nk kekal rajin.. kan?
  • mengantuk . yg ni sgt senang penyelesaiannya. tido suda.