Pages

Follow me on twitter!

Fans :D

Showing posts with label isi hati. Show all posts
Showing posts with label isi hati. Show all posts

July 12, 2010

,.,


Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.



March 5, 2010

Bukan pada tempatnya~

Sekali lagi, perkara itu diulang kembali. Gusar rasanya memikirkan karenah insan biasa yg mmg kdgkala xreti ataupun sengaja tak mahu melepaskan. Ku kira sekitar ini sudah cukup dewasa, molek orangnya, hebat tingkahnya, suci hatinya, matang pemikirannya. Namun apakan daya, mereka cumalah hanya segelintir lagi umat manusia yg semakin lari drpd arah tujuan.

Nak dikatakan bengong, tinggi pelajarannya. Nak dikatakan bengap, hebat akademiknya. Nak dikatakan bingung, dahsyat akalnya. Jadi apa yg membuatkan tingkahnya sama saja dgn penganut2 institut serenti, pendiam2 tunas bakti, dan perosak2 masyarakat kini? Memang, sukarnya nak menyatakan puncanya. Tapi sebenarnya yg jelas di mata kukira sudah terbentang luas. Inilah yg terjadi, akan dan sedang, apabila sesetgh umat mula melupakan kekitaan dan melebihkan keakuan. Hatinya kotor, jiwanya pudar dlm kerakusan nafsu.

Tapi bukan itu yg jadi titik perhatian. Masalah paling kritikal apabila ada yg terlebih semangat sehingga melampaui batas. Mungkin biasa, bagi mereka untuk menyatakan 'kami' dalam semua perkara, namun apabila 'semangat kami' itu berlandaskan originaliti assabiyyah, terpesonglah segala matlamat suci.

Di sini, semuanya begitu. Mungkin ada yg baru shj biasa dgn semangat itu. Ada juga yg sudah terlalu biasa, sehingga keduanya menjadi ektremis dlm bidang mereka. Mungkin semangat itu tidak dizahirkan dengan perbuatan tetapi sedarlah, sedikit perasaan benci tanpa kaji, cuma mengikut naluri hati dan rakan sendiri, sebenarnya titik tolak menjadi manusia bodoh!

Tuhan mengurniakan kita akal untuk berfikir. Ingatlah, akal itulah yg membezakan kita dgn makhluk pemakan rumput. Akal itulah yg membezakan kita dgn makhluk pemanjat profesional. Akal itulah yg membezakan kita dgn hewan berkaki empat itu. Tapitapitapi... kenapa kdgkala makhluk berakal ini lagi terserlah kebinatangannya? Mudah saja, selama ini reaksinya terkawal dek akal. Jadi apabila kewarasan akal diketepikan, terserlahlah sifat tersembunyi yg sudah lama dipencil.

Hati.. .. .. apakah? Adakah perlu diseragamkan hati dan akal? mengapakah? Akal manusia kadangkala tidak mampu menandingi ketulusan hati. Akal kadangkala suka mengintepretasi sendiri. Akal juga mampu menipu tuan sendiri. Jadi di situ bermulanya peranan hati. Hati sebagai penunjuk jalan suci, menetapkan pendirian ilahi.

Tapi hati juga boleh lari, apabila kita hilang diri sendiri, lupa pada peranan di sini. Hati juga tak mahu pergi, kalau diri sendiri yg melupakan perasaan itu. Hati juga boleh mati, jikalau jasadnya sudah tidak mampu lagi menahan ombak durjana. Mungkin bukan pada tempatnya untuk diletakkan hati di sini, di situ, dan juga di sana. Tapi perlu dipegang sendiri. Agar hati itu boleh diambil dan diletakkan. Supaya keperluannya kita kawal bukan kita yg dikawal hati.