Belum pun lagi reda isu tentang pergolakan rumah tangga yang dibina lebih enam tahun lalu bersama aktres dan bekas penyanyi, Abby Abadi, Norman Hakim (gambar) berhadapan dengan kontroversi baru – kali ini dia ditangkap berkhalwat bersama pelakon baru, Memey Suhaiza awal pagi semalam.
Mereka ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang dekat ini, sekitar pukul 3 pagi.
May 15, 2009 -
Farid Amirul, 43, sepatutnya dijatuhkan hukuman pada hari ini setelah mengaku bersalah pada 8 April, tetapi menukar pengakuannya dihadapan Majistret Mohd Faizi Che Abu.
Dia didakwa mencuri sebuah buku bertajuk Sistine Secrets berharga RM89.90 dan Recoding The Heavens berharga RM105 di Kedai Buku MPH Bookstore, Mid Valley, pada 7.15 malam 27 Mac lepas.
SLM WBT semua! Saya terpanggil utk menulis tajuk ni kerana agak lama memendam isu nih. Rasenye sudah xtahan memendam rasa. Heh.. Baik. Isu kali ni sgt mudah. Berkenaan Role Model. Mesti ramai yg pelik knp saya sertakan dua berita nih. Bkn nk jd wartawan hiburan. BKn nk kutuk abg Norman dan Farid. Tp saya nk kaitkan sedikit berkenaan tajuk hari ni. Role model. Semua org kenal siapa mereka(Norman Hakim & Farid Amirul). Siapalah xkenal dgn bintang drama TV bersiri GERAK KHAS nih. Tahun ni pun drama tersebut sudah mencipta rekod, siap masok Malaysia Book Of Records sebagai drama bersiri paling lama ditayangkan. HUu.. Tahniah kpd Datuk Yusof Haslam.
Tapikan. Masalahnya 'bintang2' drama ni, sebagai inspektor,sarjan, dan pegawai polis yg cukup berdedikasi tercalar. Bukan saja tercalar. Boleh kata punah, hancur lebur la. Walaupun mereka ni pelakon tapi kesannya agak mendalam kpd peminat2 setia drama Gerak Khas nih. Timbul persoalan. Adakah ini imej dan realiti sebenar encek2 polis kita. IyA! hakikatnya mereka tetap manusia biase. Tapi jikalau org yg sepatutnya menyambut seruan kerajaan(terutamanya 'laungan' 1 Malaysia tuh) yg menunjukkan tentangan. Bagaimana mungkin Dato Seri Najib, Dato Shabeery Cek(menteri Belia) hendak mengajak belia,pemuda,dan remaja kita ke arah 'Belia BEbas JEnayah'? Bak kata Nabil 'Lu pikirlah sendiri'.
Jadi seperti biasa, saya tidak akan menulis isu tnpa penyelesaian. Mudah sahaja. Masyarakat kini sebenarnya keliru. REmaja kita tenggelam timbul dalam arus perdana. Siapa yg patut memimpin mereka? Mereka tidak tahu siapa perlu dicontohi. Dalam masa yg sama tiada pula manusia yg boleh menjadi contoh terbaik. Justeru wajarkah kita salahkan belia,remaja, dan kanak2 ini. Ya betul kita xsalahkan mereka 100%. Kita slhkan ibu bapa mereka, kita salahkan kawan mereka, kita slhkan encik polis, kita salahkan Kementrian, slhkan sekolah, slhkan cikgu2, salahkan........Sesiapalah.. tapi.. Berapa ramai yg SALAHKAN DIRI SENDIRI? Adakah jika anak jiran kita kemalangan kerana berlumba HARAM(bukan merempit ya) kita terus slhkan emaknya,bapanya? Mengapa tidak kita slhkan diri sendiri ataupun anak kita? Mungkin pelumba haram tersebut tertekan kerana tiada kawan. Jadi dia cenderung mencari 'teman', yg merosakkan. Begitulah perumpaannya. Ringkas.
Jadi berbalik kpd tajuk utama. Mengapa mereka jadi begini.? Hal ini demikian kerana kurang sekali, khuatirnya bakal tiada nanti, ibu bapa, sesiapa sahaja, menjadi Role Model yg terbaik.
OLEH ITU? Penyelesaiannya cukup mudah. Seperti masalah-masalah lain. Baliklah kpd agamamu. Islam agama yg ckup lengkap. Mengapa? Telitilah.. Kajilah... Semuanya diatur dan diberi panduan. Apa yg boleh dimakan dan apa yg tidak. Apa yg bersih manakala apa yg kotor. Bagaimana beribadah, menimba ilmu, berkawan(hablumminannas), bahkanisu2 serta hal dunia juga diberi panduan. Inikan pula tentang Role Model yg sepatutnya kita contohi. Kawan2..Allah SWT telahpun menjelaskan siapa yg patut kita contohi.
Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu ada contoh teladan yang amat baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak sewaktu susah dan senang." (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Jadi apa yg mahu difikirkan lagi? Beribu-ribu makalah,jurnal,koleksi hadith nabi, sifat2 rasul, dan sejarah MUHAMMAD SAW 'terdampar' di pasaran. Dalam hadis di atas jelas dinyatakan. Ikutlah MUHAMMAD SAW. MAKNANYA jdkanlah NABI MUHAMMAD SAW, nabi utusan terakhir,nabi teragung ini sebagai ROLE MODEL. Kalau anda beriman dgn kitabnya Al-Quran, mengapa perlu ragu2? Seringkali alasannya tidak tahu. Tetapi ironinya jurnal Rasul ini lebih mudah didapati drpd MAJALAH AKSI,MANGGA,NONA,MIDI,GEMPAK,GILA-GILA yg laris menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat. Masalahnya makcik2,datin, datuk2, pkcik2,adik2, di luar sana lebih berminat ke arah lain lantas membutakan mata memekakkan telinga. Jgn lupa, dan jgn tipulah kalau anda tidak pernah mengalami situasi begini,
'sedang enak mkn dan minum di RnR Sg BUloh, tiba2 dtg pakcik bersongkok,langkahnya sayu dan berhati-hati, datang kpd anda.Dia kemudiannya menawarkan vcd/kaset/buku/jurnal nabi'.
HA! Lihatlah.. Allah SWT telahpun menghantar 'utusannya' kpd anda. Tetapi siapa yg 'menerima'nya? Fikirlah. Sedangkan Majalah Nona ataupun GEMPAK tu tidak pernah pula ada penjual dtg merayu dan memujuk supaya anda membelinya. Malahan ada yg sanggup berhempas pulas, kalau tiada di kedai mamak, pergi ke 7Eleven, tiada juga, pergi ke PETRONAS. Haish. Jgnlah menidakkan.. Ini realiti, rekaan semata-mata.
Mengapakah pentingnya kita tahu?
Merujuk kpd masalah dlm keluarga.
Jikalau si ayah benar2 mengikut personaliti Rasulullah SAW, si isteri pula patuh menuruti suami(dgn bijaksana) seperti CT KHADIJAH dan Aishah, insyaallah anaknya akan seindah Ummu Khaltum dan Abdullah.
Merujuk kpd masalah pentadbiran dan kuat kuasa
JIkalau encik2 polis,pkcik2 menteri, semuanya mencontohi sifat Rasulullah SAW, kalau tidak pun para sahabat yg ternama seperti Saidina Umar,Abu Bakar, Usman Affan, yg bertindak sebagai pemimpin agung, baik dan adil, telus dan amanah, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas. GERENTI! Tiada lg korupsi, tiada lg benci-membenci, tiada lg persepsi negatif rakyat.
Merujuk kpd masalah dunia perniagaan
Jikalau ahli2 perniagaan semuanya mencontohi kewibawaan, kejujuran,amanahnya Rasulullah SAW dlm berniaga, Pastinya tiada lg isu 'YG kaya terus kaya, yg miskin papa kedana'. Faktanya, saya ingin mendedahkan kpd anda, dalam hadis sahih(xegt sumebrnya) ada menyatakan bahawa 9/10 rezeki dtg drpd perniagaan. Timbul isu, berapa ramai pula umat Islam, taupun orang MELAYU yg terlibat dlm dunia perniagaan? JIkalau MELAYU yg dilabel MESTI ISLAM(dlm perlembagaan) ini sendiri tidak menuruti nasihat dan petunjuk rasul. Lihatlah,saksikanlah betapa ANDA kalah dan ketinggalan kerana yg menyahut seruan NABI MUHAMMAD SAW, nabi umat Islam, kebanyakannya BUKAN UMAT ISLAM. Sedarlah.
Sebelum saya mengakhiri suratan 'post' utk kali ni, saya berpesan kpd DIRI SENDIRI dan RAKAN2, umat Islam di serata dunia, kembalikah kpd agamamu. Allah SWT sudah menyediakan semua persoalan kehidupan utk kita. CUma kita yg sengaja membutakan mata, memekakkan telinga, ditambah dgn menghitamkan hati, menyebabkan hidayah dan petunjuk itu tidak sampai.
Buah fikiran elok dikongsi bersama. Jgn malu jgn segan komen ya~