Follow me on twitter!

Fans :D

Follow by Email

March 26, 2009

Mengukur kecemerlangan anak-anak??


Bagaimana cara anda mentafsir kecemerlangan anak-anak? Jawapan lazim, sudah pasti berdasarkan berapa banyak deretan ‘A’ yg telah dikumpul dalam peperiksaan demi peperiksaan. Budaya ‘A’ adalah kayu ukur kecemerlangan di negara ini sejak dari usia tadika hinggalah ke menara gading. Itu lumrah. Teteapi bagi Pensyarah Kanan, Jabatan Media, Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah, ini adalah satu penganiyaan dalam usaha melahirkan ‘manusia agung’.

Sistem pendidikan hari ini disifatkannya sebagai primitive kerana sering menafikan hak anak-anak yg kurang cemerlang dalam peperiksaan untuk Berjaya dalam hidup mereka. Hanya mereka yg cemerlang akademik dipuji, disanjung dan diberi perhaitan baik oleh guru, sekolah mahupun masyarakat. Manakala dua pertiga lagi yg tidak cemerlang dalam akademik terabai dalam sistem pendidikan hari ini.

Lebih mendukacitakan apabila sistem pendidikan dikatakan bukan setakat member pengiktirafan kepada sekolah yg mempunyai pencapaian cemerlang dalam peperiksaan tetapi juga kepada negeri yg mempunyai prestasi berkenaan. Ia menjadi satu perlumbaan perlumbaan yg membahayakan kerana ingin mencapai matlamat ini. Jadi bayangkan, bagaimana taksubnya masyarakat kita terhadap budaya ‘A’ sehingga ia dikatakan menjadi punca generasi pelajar hari ini belajar dalam keadaan tertekan sekali gus merencatkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tokoh pemikir Amerika, Ivan Illich juga pernah menyalahkan sistem pendidikan dunia yg dikatakna sudah bertukar seperti fabric. Menurut beliau, anak-anak yg dididik bukan untuk tujuan yg bersifat moral tetapi lebih atas alas an ekonomi. Mereka dilatih menjadi pencetak wang. Untuk itu, mereka dipaksa untuk mendapatkan keputusan paling cemerlang dalam peperiksaan. Jika tidak mereka akan dianggap gagal. Hari ini masyarakat lebih ghairah untuk mengejar kecemerlangan berdasarkan berapa banyak A yg diperoleh dalam peperiksaan. Kesannya, jika tidak mereka dikatakan tidak cemerlang.

Majalah Harmoni mengupa isu masa depan anak-anak yg tidak cemerlang agar ibubapa, guru dan masyarakat kembali berfikir tentang masa depan mereka. Fikirkan sejenak bagaimana individu seperti Wanita Ikon 2007/usahawan Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, pelakon Rosyam Nor, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, pereka kasut Datuk Jimmy Choo, mampu mengukir nama menjadi manusia agung tanpa latar belakang pendidikan yg terlalu cemerlang!

“Adalah satu penganiyaan jika kita hanya meraikan pelajar yg cemerlang dalam akademik dan mengabaikan 2/3 pelajar yg kurang bernasib baik,” tegas Dr. Abu Hassan apabila diajukan persoalan masa depan pelajar tidak cemerlang dalam akademik kepada Harmoni. Menurutnya, beliau kecewa dengan sistem pendidikan hari ini yg dianggap tidak seimbang terhadap pembangunan pelajar secara sama rata.

“Sistem pendidikan kita tidak menitikberatkan pembangunan pelajar secara sama rata. Teras pendidikan kita lebih kepada meimilih ataupun pendidikan kroni, di mana apabila pelajar itu cemerlang dari aspek akademik dengan pencapaian A penuh maka mereka dirayakan, diraikan dan disanjung sebegitu rupa oleh ibubapa, guru, sekolah dan masyarakat.

“Sedangkan dalam kelompok dari sekolah yg sama terdapat lagi satu kelompok pelajar luar biasa dan genius mereka tidak terpancar melalui agragat ataupun peperiksaan.

“Akibat salah tanggapan yg melarat sejak berdekad-dekad lalu, akhirnya kita salah faham dalam projek pembinaan ‘manusia agung’. Sistem pendidikan sepatutnya menjadi sebuah projek masa depan yg bukan sahaja member ilmu pengetahuan tetapi untuk melahirkan cerdik pandai dalam pelbagai cabang ilmu dan kemahiran ataupun ‘manusia agung’,” ujar pensyarah itu lagu.

“ Kita tidak nafikan ada ‘manusia adung’ lahir dari kejayaan akademik seperti Tun.Dr.Mahathir Mohamad tapi dalam waktu yg sama kita ada juga ‘manusia agung’ seperti seniman negara Tan.Sri P.Ramlee, Sasterawan Negara, A.Samad Said, tokoh bola sepak Allahyarham Mokhtar Dahari, pereka kasut Datuk Jimmy Choo, Datuk Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

“Mereka ini juga adalah ‘manusia agung’ yg lahir dari bakat luar biasa dan tidak bergantung kepada pencapaian cemerlang ketika di bangku sekolah. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin politik semasa, tidak semua mendapat 20 A1 dalam peperiksaan tapi akhirnya muncul sebagai ‘manusia agung’ setelah bakat kepimpinan mereka digilap.

“Apa yg saya cuba katakana di sini ialah projek untuk melahirkan individu-individu yg Berjaya dalam hidup tidak hanya bergantung kepada jumlah A yg mereka kumpul sahaja.

“Mungkin Tuhan tidak menganugerahkan mereka akal yg genius dlm pelajaran tetapi mungkin dalam bidang lain seperti kesenian, kemahiran atau aktiviti sukan. Jadi mengapa mereka diabaikan, disisihkan oleh sistem pendidikan dan masyarakat?

“Apa kita nak buat dengan mereka? Mereka yang cemerlang dalam peperiksaan tidak ramai berbanding yang pencapaian biasa. Soalnya, ke manakah hala tuju mereka dan apa yg dilakukan oleh system pendidikan untuk masa depan mereka? Kalau untuk masa hanya asyik merayakan dan memberi fokus kepada si pandai agar menjadi seorg doctor, jurutera, akauntan, dan sebagainya. Bagaimana pula dgn nasib dua pertiga lagi pelajar yg tidak cemerlang? Katanya, negara perlu melakukan reformasi segera terhadap system pendidikan hari ini demi masa depan generasi akan datang. Malaysia sudah Sembilan tahun pada abad ke-21 tapi sayangnya sistem pendidikan kita masih ketinggalan.

Negara memerlukan lebih ramai manusia agung dalam pelbagai bidang. Cuba fikirkan berapa ramai doktor,jurutera,pakar IT atau akauntan yg ingin kita lahirkan sedang sesebuah negara memerlukan manusia agung dalam lebih banyak bidang.

Tapi syg, sistem pendidikan terlalu bias dan sampai ke hari ini negara dikatakan gagal menyediakan manusia agung yg setanding Mokhtar Dahari dalam arena bola sepak

“Adalah tidak adil jika pihak guru dan pihak sekolah hanya mengilap pelajar yg sedia cemerlang. Anak-anak ini dianugerahkan otak yg pintar dalam akademik dan Insyaallah mereka pasti Berjaya menggenggam ijazah. Fokus utama sebenarnya ialah untuk anak-anak kurang cemerlang. Apa hala tuju dan bagaiman mencungkil dan menggilap bakat untuk berjaya dalam hidup.

“Sekarang kita tertanya-tanya kenapa negara tidak ada tokoh bola sepak, tidak ada tokoh dalam filem, teater, tidak ada penyair hebat, tidak ada pembikin filem yg luar biasa seperti P.Ramlee dan sebagainya. Jawapannya ialah kerana system pendidikan dan persekitaran kita tidak berupaya menyediakan pelapis-pelapis dalam bidang ini. Sistem pendidikan dan ibu bapa lebih tertumpu untuk melatih anak-anak mendapat A dalam peperiksaan sehingga mengabaikan aspek seni, sukan dan kemahiran. Sedangkan kitabertanggungjawab terhadap semua subjek ini daripada pemain makyung hingga kepada melahirkan seorg Perdana Menteri. Semua manusia mestilah dilahirkan dari sebuah sekolah.”hujah beliau.

-Mingguan Malaysia

No comments: