
OK atas permintaan yg tinggi *uhuk* . Blog ini akhirnye diupd8 setelah
bersawang selama hampir sebulan. Bukannya tak mahu tapi tiada kesempatan masa. Pelik juga cuti yg sepatutnya punyai masa terluang boleh dikatakan bz.....Jadi mari beralih kpd isu kali ni.. Di timur tgh, kecoh SEBENTAR apabila kapal misi bantuan ke Gaza ditahan rejim Zionist. Alangkah menyayat hari apabila rakyat Tukri yg tidak bersalah dijadikan korban
kejahatan mereka. Di Perancis pula parlimen sibuk berdebat mengenai isu pemakaian purdah.
Kerajaan yg kononnya antara 'hero' demokrasi sedang berlawan dgn bayang2 sendiri.
TAPI................
Di Malaysia pula kita geli seketika apabila terdedah tentang pemansuhan UPSR dan PMR.
Mari kita telaah isu ni sebetul2nya...
*************************************************************
"Konsensus bebas berpendapat bahawa sistem pendidikan di Malaysia seolah-olah bergantung kepada citarasa menteri. Dasar pendidikan berubah mengikut perubahan penjawat portfolio menteri pelajaran,"
ini bukan saya yg cakap. tapi konsensus BEBAS, dgn kata lain ahli2 parlimen BEBAS yg tidak
terikat dgn mana2 'PARTY'
Nampaknya ada relevannya kenyataan tersebut. Kita sedia maklum, dlm 1 dekad ini, pelajar generasi kini seolah2 menjadi bahan eksperimentasi pak2 menteri yg ghairah demi nama diri..
Berikanlah contoh Pak Hisham ketika menjadi menteri dulu, PPSMI, naik sahaja Pak Muhyi, PPSMI dimansuhkan.. Apa yg paling menghairankan ialah mengapa keputusan itu tidak dibuat lama dahulu. Adakah persidangan awal mereka masing2 sebenarnya tidak bersetuju tetapi berdiam diri kerana keputusan terletak di tangan pak menteri pelajaran. Tambah kelakar apabila kerajaan mendedahkan kajian bahawa keputusan kajian terhadap PPSMI adalah negatif. APEKAAHHHHH!!? Setelah hampir 10 tahun pelajar kita merana dan ditipu dgn berita 'KEPUTUSAN MENINGKAT' di dada akhbar setiap kali peperiksaan awam, baru kebenaran hendak didedahkan?
Tapi biarlah. YG sudah itu kita lupakan sekejap. Berbalik kpd isu pemansuhan UPSR dan PMR.
Kerajaan sepatutnya menerangkan dgn jelas dahulu langkah2 seterusnya JIKA ianya dimansuhkan.
Kita sedia maklum betapa pentingya UPSR dan PMR, terutama dalam memilih pelajar cemerlang ke sekolah berasrama penuh(SBP) atau MRSM. baru2 ini terpampang di dada akhbar, cadangan Pak Muhyi supaya kemasukan ke SBP diadakan peperiksaan pemilihan... Wah.. Bernas. Tapi mari kita lihat masalahnya ;
- Nampaknya kerajaan dinaungan ***** ini mmg xpernah prihatin dgn masalah rakyat. Jikalau peperiksaan pemilihan dilaksanakan, berapa ramai yg akan mengambil bahagian. Masalah SEBENAR ialah kebanyakan pelajar kita TIDAK tahu pun kewujudan SBP. Ambil contoh pelajar bernama Harinn Hizhadi. Beliau tidak pun tahu kewujudan STAR,Ipoh sebelum tercampak ke sana. Hasil daripada perbualan dgn rakan2, hampir 78.9% peratus pelajar tidak tahu menahu tentang kewjuduan SBP. Justeru, manakah relevannya? Apa kerajaan tidak bimbang potensi pelajar cemerlang yg bakal dibazirkan hanya kerana kegagalan ketersampaian maklumat.
- PAk Muhyi juga ber*reason* dgn media bahawa ada pelajar yg tidak mahu ke SBP. Kenyataan ini sepatutnya tidak perlu disebut kerana mendedahkan 'kebijakan' beliau. Janganlah kerajaan kita menganggap anak kecik berusia 12 tahun ini ckup matang utk mmbuat keputusan samada mahu ke sekolah asrama atau tidak. Tidak kah terfikir kanak2 baya ini, keputusannya lebih byk dipengaruhi emosi drpd rasionalisasi.? Mungkinlah.. mungkin... Pak Muhyi hendak mendidik jiwa 'demokrasi' dlm hati diri anak2 kini.
- Kalau begitu pula, bagaimana dgn sekolah2 KLUSTER, SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, DAN mcm2 lglah kelompok skolah. Adakah perlu diadakan peperiksaan pemilihan juga? Masalah yg terhasil ini sebenarnya wujud drpd mama no1 Pak Menteri juga. Jangan slhkan org lain.
- dan yg paling penting, sebab utama pemansuhan ini adalah bertujuan utk membuat 'ura-ura' bahawa sistem pendidikan Malaysia berorientasikan peperiksaan.. Haish.. Memanglah namanya disebut berorientasikan PEPERIKSAAN, tapi bukan PEPERIKSAAN masalahnya, tetapi silibus pembelajaran dan kaedah pengajaran, ditambah pula dgn pengurusan sekolah yg bermasalah sebenarnya. Ambil contoh peperiksaan A-LEVEL utk ke luar negara. Sistemnya, separuh utk tahun pertama, dan sambungan utk tahun kedua. Markah akan dicampur utk kedua2 tahun. Lihat pula PMR dan SPM. Apa kaitannya? Tiada langsung. Sekadar mmberi 'lesen' kpd pelajar utk ke SBP adalah. Persoalan utamanya ialdah, kerajaan bukannya patut memansuhkan sistem peperiksaan, tapi perlu mengkaji kelemahan pengurusan dan kaedah pembelajaran. Kita bukannya hendak melahirkan guru Pendidikan KEsihatan yg hanya tahu membaling bola utk dipertandingkan, ataupun guru Agama yg bercerita ilmu 'maturity' kpd anak muridnya. Dan bukannya melahirkan nazir yg datang ke sekolah bermusim, yg akhirnya ditipu dgn 'preparation' sedia ada. Tapi kita mahu sistem pendidikan yg melahirkan individu yg dilengkapkan dgn 'critical thinking', yg akhirnya lahir menjadi insan berkualiti.
Kesimpulannya mudah. Pelik benar kerana mana hilangnya otak mereka2 ini? Mungkin sudah dicemari, ataupun terlampau sibuk bermain politik hingga agenda utama mereka utk 'bekerja' utk rakyat dilaksanakan dgn berjaya. Nampaknya akan menjadi realitilah, 'Rakyat di'Utama'kan ..' utk menjadi bahan eksperimen.
Moga2 generasi kini berfikir lagi. Insyaallah.~