Pages

Follow me on twitter!

Fans :D

September 14, 2009

Lu Jgn Kurang Aja!~

Ini ada satu cerita. Hari yg amat2 memenatkan. Tambahan pula adala adegan2 yg sgt2 menarik. Sy pun xsangka perjalanan balik ke rumah harini akan jadi mcm nih.

Seperti yg sedia maklum, sy mengambil kesempatan sempena cuti raya selama 2 minggu nih utk melawat almameter terchenta(haha). Sng saje, sy jd hitch-hiker dr lembah beringin ke Ipoh...
Okey, tipu je. Tumpang kwn yg tinggal di tg rambutan. Smpai di Ipoh sy pun tnpa segan silu menelefon rakan STAR, AFU.. dialognya lbey krg cegini
" Weyh afu amek aq. Da nk smpai STAR ni. "
afu - " Jap2 aq nak mandi"

* perbualan seterusnya tidak penting*

KEsimpulannya sy menumpang di rumah kwn spanjang 2 hari di ipoh. BAik topik utama post ni adalah berkenaan perjalanan balik ke rumah.

Isnin, 14 September 2009, sy pun menaiki bas konsortium xpress jam 11.30am ke Puduraya. Mcm biasa jalanraya agak sesak. Tp x terasa sbb sedar shaja sy dah berada di KL(inilah akibat tidur lmbt di rumah org).

Smpai shj die tmpt yg ditetapkan, pkcik driver pun mengarahkan kami turun. Cehs. Sebaik shj sy meneruskan perjalanan utk mencari bas metro 21, tiba2 seorg lelaki berkulit gelap menghampiri. Pada mulanya sy x terperasan dipanggil kerana sibuk melayan lagu Guns N Rose-Sweet Child O'Mine.

Beliau bertanya *dlm English* adakah sy reti berbahasa Inggeris. Raut wajahnya yg kasihan, menampakkan betapa desperatenye dia. lalu dia bertanya adakah sy blh membantunya. Ceritanya dia adalah warga India, dtg ke Malaysia utk apentah. Dia ingin ke JB tp tiada duit. Jadi dia meminta ehsan sy utk memberinya RM20 sbgai tambang ke JB.
Sy berfikir sejenak. Mmg, dlm kotaraya KL ni terlalu banyak tragedi sudah terjadi. Dan naluri sy terasa kuat utk meragui lelaki tersebut. Namun sy gagahkan jiwa meneruskan perbualan * walaupun tgn dah separuh kejang mmbawa beg yg terlalu berat*. So nak dijadikan cerita, akhirnya sy berlalu pergi kerana tidak terpancar keikhlasan pd lelaki tersebut. Namun sbnrnya berat hati utk meninggalkan beliau. Namun apakan daya, poketku juga kosong.. Huhu..

Jalan pnya jalan, akhirnya jumpa juga bas metro 21. Mcm biasa. Sy naek dgn selamba da terus menajamkan mata mencari kerusi kosong. Haish.. Lega.. Rehat jap. Tetapi rehatku yg sebentar dlm bas metro terganggu apabila berlaku pertelingkahan dgn seorg warga emas dgn konduktor bus. Pada mulanya sy tidak perasan pertelingkahan tersebut kerana sibuk meayan mp3. Tetapi akhinrya terdgr juga apabila warga emas tersebut meninggikan suara. Beliau berkata 'Lu jgn kurang ajar!'...

Terlihatkan situasi yg agak menarik ni * hehe.. sy menumpukan sepenuh perhatian pd pertelingkahan tersebut. Isunya ialah warga emas tersebut tidak dpt menerima hakikat bahawa tambang bas sudah naik dan berkeras utk dicaj cuma RM2.00 utk ke Puchong. Haish uncle dlu pun sy pegi Puchong RM2.50 maaa.... Jadi konduktor bus itu pun dgn kerasnya juga mempertahankan kebenarannya. Warga emas tu tak habis2 berteriak 'jgn kurang ajar!'..
Kasihan pula sy kt bro tuh kerana pd pemerhatian sy, dia tidaklah bersikap 'kurang ajar'.. Akhirnya bro konduktor tu mengalah dgn ayat pasrah 'xpe pakcik sy respek org tua'. Lalu memberikan harga tambang sperti yg dimahukan warga emas itu. Org tua la katekan. Mungkin sudah nyanyuk. kang dilayan kita pula yg dipandang serong... Kecewa dgn pengakhiran tersebut *sy mengharapakn ending yg lebih dramatis. haha* sy pun menyambung tidur sambil leka mendgr mp3...

SKIP*

Akhirnya sampailah di rumah setelah lebih kurang5 jam di dlm bas... Alhamdulillah..


4 comments:

IMANSHAH said...

haha ntah pae entry kali ni...moral of the story, jangan berkenalan ngan mamat india..haha

arina said...

LOL
asalkan selamat sampai rumah, alhamdulillah :)

♪ almaz ♪ said...

wey glew la perjalanan kaw
klu la ko x tdo msti lg best
tdo dlm kls mr. b suda~

Hiz'da said...

haha.. aq tdo time dlm bus xpress jer.
dlm bus metro xtido kot..
dikelilingi budak2 sekola bru balek.. adoi.