Follow me on twitter!

Fans :D

Follow by Email

June 4, 2010

Kentut berbunyi..?



'Eh si Harinn dgn ni _______ kan....'

'Wei ko tau x Aid dgn ___ dah kapel'

'Woo korg tau x Zarul ...'

*contoh*

Biasa dgr kan? Menarik kan? Kelakar? Bagus? Hobi siapakah? Rasanya ramai yg sudah dpt agak tujuan post kali nih. Betol! Berkisar tentang mengumpat! Atau perkataan moleknya; yg sering dijadikan alasan kaki2 mengumpat ni, mereka gelar 'gossip', supaya kedengaran lebih kurang dosa. Alahai Melayu. Bila mahu berubah? Sampai bila mahu bercakap belakang? Sebelum kita terjah golongan2 'pemusnah komuniti' ni, jom kita telah sedikit isi berkaitan mengumpat.

Sebenarnya kan, ada beberapa sbb yg menyebabkan manusia mengumpat. Kalau kita kecikkan skop kpd kolej yg saya belajar skrg, KYUEM, manusia2 ni sbnrnya kekurangan aktiviti yg menarik. Justeru alternatifnya mereka menjadikan mengumpat sebagai salah satu pengisi 'leisure time' dorg. Seperti yg sering dikatakan, 'the only entertainment here are friends'. Betol ke? Rasanya mereka yg tiada pegangan kpd tujuan hidup dan kekurangan panduan dlm melaksanakan aktiviti harian shj yg akan berfikiran begitu.

Mengapa?

Sbb kita sbrnya hanya diberikan 24jam oleh Allah SWT utk beribadah

' dan tidak Aku jadikan manusia kecuali utk beribadah kpd-Ku ..'

dan menjalankan tugas sbgai khalifah-Nya. Kawan sebagai penghibur, dan kawan sbgai 'bahan' hiburan mmglah tidak slh, tapi kalau kita jadikan itu sbgai SATU2 nya sumber, kecenderungan anda utk menjadi manusia kolot, tunggulah.

Berbalik kpd mengumpat, rasanya semua sudah sedia maklum betapa buruknya pengumpat itu di sisi Allah. Kan?

"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela"

- Al Humazah;1

Haa. Ini bukan saya yg ckp. Tapi kalamullah yg kita sentiasa bace.. Nak tambah lg ...

'Mengumpat itu sama dgn memakan daging kwn sendiri'

Ni pulak hadis yg pernah saya bace, Rasanya ramai juga tahu faktanya....

Tapi.............

Sedih sekali. Masih ramai umat manusia yg menjadikan mengumpat itu sbgai slh satu hobi mereka. Katanya bergosip.Tolonglah...mengumpat dan bergosip itu sbnrnya satu perbuatan yg sama. Kalau tidak pun bergossip itu pasti akan menjurus kpd mengumpat akhirnya. Mmg bagos kita menjaga tepi kain org, maknanya kita perihatin terhadap keadaan rakan komuniti kita, tapi bukan dgn berckp2 dibelakang mereka. Ketidakpuashatian, kebencian, dan pencelaan sbnrnya lebih baik dilontarkan 'face-to-face'. Ada berani?

Tambah menyedihkan ..

'leisure xtvt' ini dilakukan oleh org yg tidak sepatutnya. Mereka ini sepatutnya sedar perbatan terkutuk ini berdasarkan tanggungjawab yg mereka pegang, fahaman yg mereka bawa, kepimpinan yg mereka terajui. Menyedihkan bukan kalau org yg sepatutnya tahu perkara yg slh dan menerajui keteladanan ini yg melakukannya. Analoginya mudah;

Bayangkan sorg ayah dgn santai duduk di sofa tersygnya. Smbil menasihati anaknya supaya jgn merokok, sedangkan mulutnya rakus, menyedut asap Marlboro/Dunhill/Lucky Strike/Saat.... :P

Situasi yg mudah digambarkan.

Peliknya, kerana mereka ini mempunyai masa utk berbual tentang manusia lain, entahlah.

Adakah golongan ini tidak mengambil sedikit pun masa terluang mereka utk bermuhasabah diri. Sedangkan muhasabah diri itu lebih elok drpd solat dua rakaat.

Lagi kronik....

Apabila ada sesetgh manusia ini menjadi akrab perhubungan mereka kerana 'hobi' yg serupa nih. Mereka bertambah gah kerana mempunyai teman. Mestilah. 'It takes 2 to tango'. dan lg ramai lg bagus... Memanglah kan, kalau budak bola, rapat dgn budak bola, budak debat dgn budak debat, ... kalau budak mengumpat, dgn yg mengumpat jugalah. Masalahnya, golongan ini agak sukar dikesan dan memerlukan ketelitian yg tajam utk men'detect' mereka. Tapi jgn berasa selamat wahai manusia, kerana akhirnya, anda akan tertangkap juga, kalau bukan di ky, di dunia, dan yg pasti, di akhirat nanti. Tunggulah!

Dan akhir sekali

Agak kecewa apabila aktiviti ini sudah menjangkiti kaum Adam. Kalau dulu asal mengumpat sahaja kita tujukan kpd kaum Hawa, skrg, xtvt ini sudah tiada batasan. Mungkin inilah akibat globalisasi. :P.

Sedarlah wahai teman



'Tolong jaga tepi kain org, bukan dgn menunjuk kekotoran dan koyaknya, tapi dengan membntu mencuci dan menjahit'


Wallahu'alam.

14 comments:

nina mazlan said...

dan apa kaitan post ini dgn tajuk kentut berbunyi???^_^!

Hiz'da said...

kentut biar berbunyi...

samalah mcm mengumpat...

:P

Ate3_y said...

gile lah harinnn...aku makin suke post2 kau nih..

boleh jadi pres muscom doh..seriyes..

tq for the post anyway..

ha2.

arina said...

like

eju said...

harap org yg membaca blog ko ni sedar akan perbuatannya. & kesedaran pd aku juga.=)


tp golongan ni slalunya ckp, "ini bukan mengumpat, ini melepaskan geram"

xpun, "ni sbg pengajaran kpd org lain supaya x ikut pbuatan dia-(org yg diperkatakan)"

isk3. manusia2 =.=

ninja said...

nak kata mereka ni tak reti bahasa, spm 10a la pulak kan. takkan tak reti beza mngumpat dengan melepaskan geram? =)

tapi tak mengapa. sama2 kita fikir untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat.

tapi, kenapa kau petik nama aku harinn? padahal tu tak betul pun. ha, kau sndiri pun dah mengumpat. haha

Hiz'da said...

ateey : haha... thx.. xde ah. sje nk kongsi pndpt ...

eju : yup2... btol2.. dorg mmg begitu..

aid : hukele... tu cth lar...

ninja said...

dah la tak link blog aku kan. tacing ah cmnih. haha

Madhiah said...

nice one!

Mohammad Aiman said...

tajuk yang xleh bla.. haha.. siot je..

pasal ngumpat ni, sama la jugak wartawan2 yg buat gossip, majalah mangga, skandal artis2, MELODI

mengumpat, dan jugak bley jadi fitnah..

ariff haikal said...

haha.aid couple?market sial.

weyh blog aku suda tuka link cik abg.sile update yer

Robot Jamban said...

babeng la goriela. kau percaya la harinn ni. haha

virgo_blue91 said...

mengumpat...semua orang boleh beri definisi mengumpat dan alasan yang mereka bukan mengumpat...So simple example yang aku boleh cakap ialah...BAYANGKAN KALAU ADA ORANG LAIN BERCAKAP TENTANG KO dan kau terdengar...SAKIT TAK HATI TU??? kalau tau sakit,jangan bagi kesakitan yang sama kepada orang lain jugak..."Berpeganglah kamu kepada Tali Allah kerana dahulu kamu telah berada di jurang neraka lalu Allah telah menyelamatkan kamu" Jadi mahukah kite tidak bersyukur,mengumpat sana sini dan kembali berada di jurang neraka itu semula? InsyaALLAH kite renung2kan...sorry kalo panjang sangat aku komen...peringatan untuk diri dan rakan2 ku juga...:)

awe said...

harinn ko pon ngumpat aku doluuuuuuuu