Pages

Follow me on twitter!

Fans :D

May 26, 2011

suara

Slm

sejak baru-baru ni, semenjak keputusan Sijil Penyeksaan Malaysia diumumkan, kecoh satu Malaya
tentang isu biasiswa. Hiz'da sangatlah kagum dengan suara lantang presiden MCA, DS Chua Soi Lek, dan juga timbalan presiden MIC. Semalam, diadakan sidang media bersama adik 17 tahun SMk Tuanku Jaafar yg mempertikai kegagalannya mendapat bisiswa JPA.

Adik Heema sgtlah kuciwa dgn keputusan tersebut sehingga berani membuat sidang media. Persoalannya sekarang, mengapa masih ada yg tercicir.? Menteri di Jbtn PM mengeluarkan fakta bahawa 300 biasiswa JPA diberi berdasarkan merit, 14% kepada bumiputera, dan 86% kepada bukan bumiputera. Berdasarkan matematik mudah,(xpyh guna further*), mungkin lebih kurang 22% shj bumiputera yg berjaya mendapatkan biasiswa JPA.

Untuk berlaku adil, oklah, kebanyakan biasiswa GLC seperti TNB, Khazanah, Petronas, diberi kpd bumiputera. Pandangan Hiz'da, mungkin pendekatan ini adil untuk bangsa yg merupakan 'majoriti' di Malaysia. Isu majoriti ini pun sgtlah luas. Majoriti miskin, majoriti masuk ke universiti Serenti, majoriti terlibat dgn lumba haram, mcm2 lagilah. Mungkin ini perkara yg dijustifikasi oleh kerajaan malaysia untuk membuat dasar sebegitu.

Namun pokok pangkal post kali ni bukan nak mempersoalkan isu 'keADilan', ataupun 'perKauman'/'assabiyah' ni. Tapi nak membincangkan mana pergi suara pemimpin Melayu yg gah dan lantang mempertahankan 'hak' Melayu. Mane pegi Pak berahim? mane pergi 'jihad'?
Kala ini, anak Melayu pun gagal mendapatkan biasiswa MARA. bayangkan, Mara pun tidak cukup untuk menampung 'pelajar cemerlang' sekarang. Tiada pula anak Melayu ke pejabat UMNO membuat bantahan. Tiada pun pejuang Melayu lantang mempersoalkan keciciran. Yang pasti, isu rasis tidak pernah timbul dalam kakitangan awam kecuali terhadap bangsa LAIN.

Cuba kaitkan dengan isu pekerja melayu yg tertindas di syarikat swasta, pelajar Melayu yg tercicir di sekolah Kebangsaan, byk lgla. Hilang terus suara pemimpin Melayu yg kononnya gah mempertahankan hak bangsa dan Agama. Kita sebenarnya bukan membincangkan hal kesamarataan. Tapi keadilan. Dalam bahasa inggeris, kesamarataan - equality, keadilan- fairness. Mungkin lebih rasional membincangkan isu keadilan daripada kesamarataan. Kerana kesamarataan adalah satu pernyataan positif(positive statement) yg hanya melibatkan fakta. Manakala keadilan adalah pernyataan norma(normative statement) yg melibatkan pertimbangan emosi.

Justeru, sebagai manusia yg bertimbang rasa, adakah patut kita hanya bercakap berdasarkan fakta semasa tanpa mempertimbangkan emosi dan perasaan, juga pandangan. Kerajaan sekarang bukannya memBiarkan kekurangan bangsa lain tetapi hanya memfokuskan kepada bumiputera yg Paling tercicir ini.

Mungkin ini hujah yg boleh digunapakai pemimpin melayu yg 'hilang ditelan keghairahan politik. Wallahu'alam. Pilihanraya umum pun dijangka akan terjadi tahun ini, bak kata 'manusia anugerah Tuhan'. Sama-sama lah kita mula mempertahankan hak masing-masing. Bak kata org, masa pilihanraya lah paling sesuai meminta daripada mana2 parti. Jom?



Jadi ingin sekali Hiz'da mengajak semua pihak yg bernas supaya memikirkan isu berbangkit ni supaya masalah yg berlaku dapat diselesaikan dengan aqal yg waras. Bukan dengan nafsu.

Sekian

10 comments:

Zaidi Sarifuddin said...

setuju ngan kau pasal suara pemimpin melayu kita ni hilang terus bila isu2 yg diutarakan diatas timbul.. haihh..

Vickneshwaran Gunasegar said...

I couldn't help but to disagree. Harinn, I do have a few points which I think should be taken into consideration.

Hiz'da said...

hop : kan.. haiz

vicky : yes? what are the points? I am willing to listen. :)

Anonymous said...

Some are not worthy of the scholarship due to rote learning in school. So bila kena interview tak reti nak jawap dgn bijak. Some of the students that MCA/MIC highlighting didnt even meet meet JPA's criteria of getting at least A- in BM, Sejarah & Moral/Ag despite A+ in other subjects. Some are filthy rich. And some, well, luck is simply not on their side. Some bumis with less than stellar results (7A+ only) are getting middle eastern programmes. Non bumi's interested in these?

Hiz'da said...

anon : thank u.. yes, i do aware of the situation.. im just asking where is the malays' voice as they like to 'mempertahankan hak'.

Hiz'da said...

anon : thank u.. yes, i do aware of the situation.. im just asking where is the malays' voice as they like to 'mempertahankan hak'.

Anonymous said...

My previous comment is an off topic from your post. Sorry about that. What I was saying is that MIC/MCA complain tanpa ambil kira bahawa students yang dapat results excellent tapi mungkin tak boleh perform semasa interview sebab mereka dah biasa hafal untuk menjawab dalam exam. My comment on your post is this: I totally agree with you that the Malay voice in not heard. But can you imagine the ruckus that will happen if UMNO plead on behalf of the Malays.? Therefore, UMNO choose to remain silent on this issue sebab isunya ialah tentang "kononnya budak Melayu yang tak 'deserve' dapat oversea." PAS & PKR has never fought for the ummah's education have they? I suggest you read recom.org. Kat situ you can baca what they are saying about bumi (malay) students yang dapat biasiswa. Malays are said to be generally 'lazy and stupid' so the govt (ie UMNO) help the Malays by giving them overseas scholarship. Ini bukan saya kata tetapi ini pandangan am orang bukan Melayu. Betul ke budak melayu macam tu? That is why we should always know/read what others are saying about us. Jangan asyik baca harakah or suara keadilan saja.

Hiz'da said...

Itulah pasal. UMNO tunduk dengan permainan politik pembangkang. Jadi dorg takut untuk bersuara dan memilih untuk berdiam diri untuk mempertahankan kedudukan. Semua ni stigma sebab tak ada bukti kukuh untuk tunjukkan Melayu semua mcm yg diperkatakan. Pembangkang pun takut bersuara nanti hilang undi.

CSL tak takut pun kene label rasis, dia masih tegas pertahan hak kaum Cina dlm MCA. sbb tu mereka syg dia. Tapi parti Melayu, sendiri yg pecah. Akhirnya kaum sendiri yg rugi.

p/s : xminat harakah n Skeadilan.

Vickneshwaran Gunasegar said...

My points are quite long and I posted them up in my blog, if you would care to read...

Anonymous said...

Most non-bumis scholarship holders have a common trait - not wanting to serve their sponsors and not wanting to come back to Msia. Bacalah blog posts & forums, dan ini yang mereka bincang. MARA students pulak pun ada a common trait jugaamong them - tak nak bayar balik pinjaman bcoz itu hak mereka so tak dosa. Disgusted with these 2 groups. So you people out there yang lucky enough to be sponsored, come back and serve Malaysia. But please answer my question posted above: Betul ke pandangan non-Bumis yang budak Melayu are "lazy and stupid". I am asking you because you are in one of the best pre-U college where most of the students are on scholarships. FYI, most non-bumis youngster have no idea the existence of KYUEM, KMB, KMS or tops schools like KYS, MCKK and SASER. Depa tau Chung LIng & Jit Sin only.