Follow me on twitter!

Fans :D

Follow by Email

July 14, 2011

penantian satu penyeksaan






Lebih 1 dekad Sekolah Tuanku Abdul Rahman kempunan piala Perdana Menteri, piala paling berprestij SBP, setiap pendebat SBP mesti memendam mimpi untuk menjulang piala Perdana Menteri. Manakan tidak, piala PM ni boleh kata sebagai penobat kehebatan sesuatu sekolah.
Mungkin masih ada debat UIAM, tapi bagi pelajar SBP, piala PM tetap paling utama.

Sudah pasti, STAR antara sekolah yg mengejar impian menggapai awan untuk menjulang piala tersebut. Semenjak zaman abg Hasril, piala tersebut mungkin sekadar lambaian jauh. Kini, impian jadi kenyataan. Molek kiranya segala puji dicurah kepada Umi Noridah yg bertungkus lumus berkorban jiwa dan raga demi pasukan debat STAR. Semenjak kehadiran Umi Noridah ke STAR pada tahun 2003*kurang pasti, hehe* , pasukan debat bm STAR bagaikan mati hidup semula.

Tidak lupa juga encik Shahnun yg rela dan setia mengiringi pasukan debat bm STAR. Juga guru2 yg pernah menyumbang keringat kepada pasukan debat bm STAR. Visi umi Noridah cukup tinggi, setelah membawa KISAS menjulang piala PM dan UIAM, STAR mesti mencapai yg sama. Begitulah lahirnya famili HEXA yg diasaskan oleh kami(Harinn, Farid, Bebet), bertujuan merapatkan hubungan kami. Hasilnya sangat mengagumkan. Apa yg paling penting sebenarnya adalah untuk memupuk semangat yg tinggi dlm adik2 pendebat. Oleh itu, rasa bangga dan kesedaran sebagai famili HEXA mmg diterapkan.

14 Julai, lagu Ilmu Panduan Hidup dan Rouse Up bergema di dewan gemilang PICC! Awal dan akhir. Seluruh warga STAR bagai histeria pabila pengacara majlis menyebut, 'usul diterima!'.. Ayat seterusnya semua tak kedengaran. STAROBA(terutama abg hasril, abg saleh, en fadzil), guru, dan pelajar STAR semua melompat keriangan bagaikan PICC kami yg punya. Haha... benar rasanya. Kami berkongsi impian yg sama. Kelibat pendebat lama seperti en azlan, abg adam, mama, celi, bapak, siraj, bebet, farid,acap, dan ramai lagi, jadi bukti betapa piala ini SEPATUTNYA ke Ipoh tahun ini!

Apapun, tahniah kepada adik Kucai(pendebat terbaik keseluruhan dan Final), Os, Black, dan amsyar. Korg mmg mantop!







*tahun depan HKSBP kat Ipoh yok.! jom pakat p ramai2.. kita pertahankan piala!

2 comments:

IMANSHAH said...

mana video db8?? ni video rouse up

Alang Ridhwan said...

huyoh!!! tahniah weih.. ruginya tak ada sekali... btw, tahniah again!