Pages

Follow me on twitter!

Fans :D

May 23, 2010

Benci kau!




'Aku benci kau!'

'Menyampahlah dgn kau!'

'Pe masalah kau?!'


Mungkin kita ada pengalaman tersendiri menghadapi cemuhan tersebut. Barangkali mereka ini terlalu tertekan dgn kekosongan jiwa sendiri sehingga mampu utk meletakkan perasaan benci dlm ruang itu. Orang kata hati jgn dibiarkan kosong kerana isinya mungkin dua sahaja. Cinta atau benci.

Baik utk tidak membuang masa, topik utama post kali ini sbnrnya berkaitan dgn cinta. Menarik bukan? Mestilah. Gejolak jiwa mudi ini membara perasaan cintanya, ketagih nuraninya utk menerima cinta insani. Iya! tidak salah utk kita berasa sebegitu. Cuma jgnlah tujuannya salah. Seringkali kita maklum, pelajar2 yg tertekan dgn peperiksaan SPM cthnya, barulah mula mencari cinta. Mungkin bg mereka perlunya insan tempat berkongsi rasa dan derita. Sama juga dgn abg akak di arena universiti itu, mencari2 pasangan cinta dek kerana tertekan jiwa dan raga.

Ok2.. Bukan niat menghentam insan2 ini. Tapi sekadar memberi peringatan.! Eloknya, biarlah jiwa ini mencari dlm ketenangan. kerana hasilnya lebih berkekalan. Kadangkala kan..kita lebih selesa memfokuskan rasa sayang dan cinta kita kpd seseorg. Mungkin mereka rasa perlunya memenuhi tuntutan hadis

'Tidak beriman seseorg itu selagi ia tidak mengasihi manusia lain sebagaimana
mengasihi diri sendiri'

Iyalah konsepnya memang benar tp sbnrnya kita terlupa kerana tuntutannya bukan menyuruh kita memfokuskan kpd sesiapa. Maknanya mudah. Kita disuruh berkasih sayang sesama manusia, tidak mengenal rupa, siapa sahaja. sampai tahap keimanan yg tinggi, kita akan terasa kasihnya, menyayangi insan lain seperti menyayangi diri sendiri. Perhatian! Tidak pernah disarankan supaya kita memilih mana2 insan istimewa. Sebolehnya semua insan dilayan istimewa. Inilah kecenderungan muda mudi skrg yg taksub dgn serakah diri. Menegakkan 'ISlami' sendiri semata-mata utk nafsu yg akhirnya memakan diri.

Bukan mudah. Benar.! utk menyayangi insan lain sperti menyayangi diri sendiri. Mari fikirkan satu situasi. Dalam perjalan hidup anda sebagai pelajar. Tiba2 pensyarah meletakkan syarat bahawa utk lulus dlm peperiksaan, anda perlu memastikan kesemua ahli batch lulus. Cabaran bukan? Ketika ini, barulah tiap2 antara kita terpusu2, sibuk mengambil berat tentang situasi member2 yg lemah.

Sedih sekali. Apa yg akan terjadi jikalau syarat tersebut tidak ditetapkan? Berapa ramai antara kita yg benar2 prihatin terhadap masalah rakannya, lebih spesifik, akademiknya.? Berapa ramai antara kita yg tahu kawan kita sudah makan atau belum? Berapa ramai antara kita yg sudi kelaparan bersama kwn yg kesempitan? Berapa ramai antara kita yg rela diperlakukan hina dumi menemani kwn yg tercela?

Mungkin ada. Mungkin tidak. Dan sesiapa yg terasa berada di mana2 pihak silalah berasa bangga dan terkena. Kerana itulah tujuan saya...

Sekian. Wallahu ' alam


5 comments:

P-33D said...

nice one harinn..

Mohammad Aiman said...

sungguh, manusia hanya tahu bergaduh sahaja.. itulah lumrah manusia..

tidak sempurna iman seseorang itu, selagi die tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi diri nya sendiri...

ekroy said...

terbaik nih!

arina said...

tatau apa kaitan gambar dengan tex, tapi suka.

jar_of_heartzzz said...

ukhwah lebih kukuh dari persahabatan dan apa yang aku nampak kat cni ialah mengenai ukhwah...:)