Pages

Follow me on twitter!

Fans :D

December 29, 2010

Takziah



Slm Alaik.

Mungkin ramai daripada kita yg gembira sakan meraikan dan meluang masa cuti semester ini. Ada yg setiap hari keluar ke pusat membeli belah, bermain futsal, menonton filem-filem terkini seperti TRON:Legacy, Harry Potter, Gulliver's Travel etc.. Tahniah pula kepada mereka yg gigih belajar demi peperiksaan yg bakal menjelang. Kiasu pun berpada-pada, jgn lupakan tanggungjawab sebagai ahli keluarga, terutama sebagai seorg anak.

Tapi kita dikejutkan LAGI dgn berita kepulangan adik Saudara Zulikhwan b Ayub ke Rahmatullah. Setelah lama di ICU, rupa-rupanya Allah SWT lebih menyayanginya. Apapun sebabnya, yg pasti semua ini ujian daripada-Nya.

Allah SWT sudah berfirman,





Demi sesungguhnya akan Kami uji kamu dgn suatu (ujian), iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah buahan. Dan berilah kabar gembira orang2 yg sabar (atas ujian itu)
Al Baqarah 155

Jadi kpd saudara Zulikhwan sekeluarga, sabarlah, kerana anda pasti termasuk dlm kalangan mereka yg 'kuat'.
Allah menguji setiap manusia itu berdasarkan kemampuannya..

Janji-Nya pasti terlaksana, seperti firman-Nya,

Tiap2 diri ( yg berjiwa) mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dgn kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu di kembalikan
Al Anbiyaak 35

Pandangan peribadi, bersedihlah, kerana ianya perlu. Dan kerana ianya juga normal utk menangisi pemergian yg tersayang. Rasulullah SAW juga meratapi pemergian Khadijah dgn redha.
Walaubagaimanapun, bg yg masih bernyawa, kehidupan masih perlu dijalankan. Kita mesti pandang kehadapan. Jika terberhenti seketika, pastikan anda memecut bersama rakan yg lain.
Buat mereka yg masih leka,
Sekadar renungan bersama –

Firman Allah Adakah kamu kira, bahawa kami menjadikan kamu dengan percuma (main main saja) dan kamu tiada di kembalikan kepada Kami? An Nur 115

Slm WBT. Selamat bercuti

5 comments:

Mohammad Aiman said...

Salam..
siapa itu ya?

Hiz'da said...

kwn kyuem..

IMANSHAH said...

salam takziah

Who Am I said...

Innalillah... Bila adik Zuli meninggal Harinn?

Hiz'da said...

xsure sgt.. baru gak a..