Pages

Follow me on twitter!

Fans :D

May 15, 2011

terima kasih

Salam Ahad

esok, akan diadakan sambutan Hari Guru di sekolah bintang. Terasa sangat nostalgik. Teringat pula guru-guru di sekolah lama(bintang). Rindu juga. Mana tak nya, lima tahun, asam pedas, masin manis, semua dirasa bersama guru.

Kalau tugasnya sebagai warden, lagilah drama. Mulai subuh, mereka sudah bertugas. Teringat bunyi hon motosikal cikgu shahnun, warden yg dikatakan paling semangat.. Rindu juga bunyi rotan PK HEM ketika itu. Mungkin sudah lama tak menarik rakan, mengejut Subuh berjemaah. Ketua dorm atau pengawas perlu pastikan tiada yg tertinggal dan akhirnya 'sodorm'.. Ada sebabnya. kalau seorg 'kantoi' tak ke surau, padah satu dorm.

Sempena Hari Guru, molek rasanya merakam kenangan lama bersama guru, terutama di sekolah. Semasa sekolah-lah, peribadi kita dibentuk, Identiti diri dicari. Personaliti terumbang-ambing. Hiz'da tidak terkecuali. Secara peribadi, diri ini amatlah terhutang budi dengan cikgu noridah dan cikgu shahnun. Kedua-dua mereka inilah yg boleh dikatakan membentuk hiz'da.

Cikgu Noridah

atau pun kami panggil umi. Seorg yg sangat mesra dan bersifat keibuan. Beliau merupakan guru Bahasa Melayu dan penasihat kumpulan bahas. Mungkin itu sebabnya, kami amat rapat. Boleh dikatakan kami sekeluarga; HEXA FAMILY... Umi lah yg mengajar segala ilmu kepada hiz'da. bukan sahaja ilmu berbahas, tetapi juga realiti dan asam garam kehidupan. Panduan dan nasihatnya tak pernah dilupakan. PEsan umi

'jadilah insan yg berguna bukan shj kpd sekolah, tetapi masyarakat'..
lg satu
' kalau boleh jgn cari pasangan yg kaya, susah nanti' .. :P

Cikgu Shahnun - blog
boleh diterima jika dikatakan beliau merupakan mentor hiz'da ketika di sekolah. Semenjak masuk ke sekolah bintang, beliau mendidik, menanam semangat dan visi ke dalam diri hiz'da, sehingga menjadi ketua pelajar. Orangnya kecil tetapi jiwanya besar. Cikgu shahnun merupakan org seni. Lunak suaranya sgt dirindui, terutama ketika solat subuh. Pandai juga berpantun dan bersyair.
tak dapat diluahkan semua, jasa beliau sgtlah besar terhadap diri ini. Kagum terhadap beliau sgtlah tinggi terutama dalam melaksanakan kerja. Beliau sgt istiqamah dan kental.. Hiz'da tak pernah lupa cerita cikgu tentang peritnya hidup tanpa kasih bapa, tapi boleh juga jadi org berguna kpd masyarakat.

Sebenarnya ramai lagi guru yg memberikan impak besar kpd hiz'da. Cuma tak bolehla nak diceritakn semuanya kan ye dak..

Mungkin itu saja..

Selamat Hari Guru, cikgu.


10 interesting facts about teachers
  1. It was reported by school systems that Edgar Allan Poe showed up in class drunk even during the examinations.
  2. Teachers in China are highly respected. They hardly ever leave the profession and are reasonably paid. Teachers in Germany enjoy the same situation. Teachers in England a poorly regarded.
  3. The women of Iceland earn two-thirds of their nation’s university degrees.
  4. In ancient Greece teachers were paid higher wages than skilled craftsman. They received gifts from citizens also. The highest paid teachers in Greece were music teachers.
  5. More than half of Indonesia’s primary school teachers are under 30 years of age.
  6. In the U.S. the percentage of teachers over 48 is rising every year. The percentage oft teachers under 35 is decreasing.
  7. The teachers in ancient Rome were by and large Greek teachers who were slaves.
  8. 21 Percentage of high school students ages 15 to 17 who are holding down a full or part-time job.
  9. Teachers in Taiwan enjoy higher occupational prestige and greater job satisfaction than teachers in the United States. The social status of teachers is an indication of the current importance attached to education in a country.
  10. Salaries for high School teachers with 15 years of experience and the minimum level of education and training required to be certified exceeded $40,000 in 1998 in Denmark, Germany, Japan, and the Netherlands and exceeded $60,000 in Switzerland. The comparable salary for the United States was $35,000.

3 comments:

HR by HaziqRidzuan said...

awww...so sweet!! eh tp cikgu shahnun kecik ke?? hahahaha, jk=P

fira said...

waaaaaaaaaaaaa...nak jugak! hehe
tiba2 tingat suma cikgu skrg ni..mcm rndunya!!!

IMANSHAH said...

itulah hal, aku comel n sweet je an..kahkah..jgn marah HR

hanks my dear harinn!!

miss u too..jangan nagis macam dolu2 ye