Follow me on twitter!

Fans :D

Follow by Email

November 22, 2009

Aku pun manusia~


Pelik kan. Bila ada manusia yg xsanggup dilayan seperti binatang. Empunya badan mahu masyarakat tahu bahawa dia ialah manusia. Mahu Dibelai dan dimanja. Diberi perhatian. Dijaga sensivitinya. Namun pada masa yg sama, dia tidak mengerti bahawa ada lg manusia di sekitarnya.

Manusia punya perasaan
Manusia punya emosi
Manusia punya hati

Ini suma karekter umum seorg manusia. Tidaklah susah nak membezakan antara seorg manusia dan seekor binatang. Alah, macam membezakan antara Pak Ali dan Si Comel. Perbezaannya begitu ketara.

Lupa

Kadangkala manusia ini lupa betapa hidup sebenarnya saling bersangkut paut. Kita hidup di dunia berdasarkan dua hubungan : -

hablumminannas(antara manusia)
hablumminallah(antara Allah)

Perkataan manusia itu sendiri berasal drpd bahasa arab 'annas' yg bermaksud LUPA. Jadi memang fitrah manusia itu bahawa ia akan sering melupakan atau dilupai.

Culas

Sikap manusia ini juga kadangkala melambangkan betapa lupa itu merupakan sebahagian drpd aktiviti penting mereka. Lupa itu bukan sahaja lupa pd manusia lain. Tetapi kpd Pencipta mereka. Lupa itu meliputi aspek yg begitu luas. Lupa pd tanggungjawab, perasaan, kewujudan, dan mungkin rasional kehidupan. Tambah mengerikan apabila ada manusia yg terlupa tujuan dihidupkan.

Bukannya hendak disempurnakan sikapnya. Kenyataan di atas sbnrnya berbaur ingatan. Fitrah manusia sering terlupa. Jadi timbul persoalan, mengapa setelah menyedari hakikat ini, manusia sering terlupa mengingatkan? Senang saja. Sebab mereka terlupa. =). Tapi perlu diingatkan. Di Malaysia sahaja ada 26.9juta manusia. Mana mungkin mereka ini terlupa pd masa yg sama. Inilah masalahnya kalau semua manusia terlupa akan tanggungjawab mereka.

Cermin

Seringkali timbul masalah dlm sesebuah komuniti, apabila ada segelintir manusia yg kurang prihatinnya. Manusia ini mungkin berasakan betapa ia diciptakan begitu unik dirinya. Mungkin diliputi rasa riak dan tidak memahami. Mungkin juga kurangnya terdedah dgn kesimpulan akhir kehidupan, iaitu sentiasalah mendekatkan diri kpd kawan, bukan mencari lawan. Semua ini terjadi kerana mereka ini sbnrnya tidak mengenali diri sendiri. Mungkin mereka belum lg mengenali formula mencari identiti diri. Mengenali diri sendiri sbnrnya sng sahaja. Cuba lakukan kaedah observasi. Kita belajar menilai kehidupan, sesuaikan diri dgn persekitaran, memahami fitrah sosial dgn belajar drpd melihat.

Sebenarnya setiap manusia itu merupakan cermin kpd manusia lain. Tiada yg lain. Titik permulaan kehidupan Allah sediakan sama sahaja utk kita. Cuma kita yg memilih utk menempuhi trek kehidupan yg mana. 100m/400m/1500/8000m.

Anda pilih~

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya"
(Riwayat Abu Daud)


2 comments:

madhiah said...

nice one~

arina said...

u ddn't choose the 7000m maraton track, that's the obvious ;)