Pages

Follow me on twitter!

Fans :D

May 14, 2009

H..H.. HIV?

      Salam.. WBT

      Kawan2.. Ini merupakan blog pertama slps 'reborning day' saya. Justeru, mari lihat. Saya sudah melakukan sedikit perubahan drpd teknik penulisan

 dan info2 yg saya akan berikan. Tajuk hari ini sgt menarik. H..utk... HIV.

      Hari  ni, saya pergi ke pemeriksaan kesihatan. Dekat saja. Berjalan tidak smpai 4 minit 30 saat. Klinik Medivision Puchong Jaya. Maklumlah, Yayasan Tenaga ni memerlukan saya mengisi borang kesihatan lengkap dgn semua maklumat. Mula2 bace cuak a.k.a takut jg. 'Urine test, HIV, blood pressure,spec', dan byk lgla. Pengalaman pertama buat 'urine test' nk periksa kuantiti dadah dlm bdn(adake..hehe).. Jadi ceritanya saya pun masuk ke bilik air, memegang sebuah bekas yg dah disediakan, dan...(sexually explicit)... Akhirnya saya pun dgn selamba beri kpd untie yg berkenaan.
Tp dlm byk2 test, yg paling menggerunkan sekali(xlah sgt) ialah ujian HIV. Jarum yg doktor tu guna mcm jarum jahit saiz paling besar tuh. FUlamak.. Cucuk je..sakit gak.. Tp xrasa sgt pun, sedar2 sudah penuh bekas tu. Ha.. Kwn2.. mcm ni la ujian HIV. Mula2 doktor amek darah.Kemudian beliau akan buat ujian. KEputusannya bkn 'one the spot'. Memerlukan masa jg. Iyelah.. Kalau Virus Influenza A/Swine Flu/H1N1 pun perlukan 10 jam utk dipastikan, inikan virus HIV masih tiada penawarnya semenjak dulu.

        Baik! Yg menariknya. Knp kene buat ujian HIV. 



APe tu HIV? Heh..

Human Immunodeficiency Virus (HIV)

HIV adalah virus yang menyebabkan AIDS. HIV menyerang sistem daya tahan badan*, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Jika seseorang disahkan dijangkiti HIV, orang itu dipanggil positif-HIV (HIV+) tetapi tidak semestinya dia menghadapi AIDS.

* Sistem daya tahan badan adalah mekanisma badan yang terdiri daripada sel darah putih. Sel-sel ini menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk ke dalam badan kita.

Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS)

AIDS adalah nama yang diberi kepada sekumpulan penyakit yang menjangkiti orang yang HIV+. Ia berlaku apabila sistem daya tahan badan orang tersebut menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawan penyakit.

Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?

HIV hanya boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut sahaja:

  1. melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tidak selamat adalah seks tanpa menggunakan kondom lateks).
  2. melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari.
  3. melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.

HIV hanya boleh berjangkit melalui darah, air mazi dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.

Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata. HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara seperti virus selesema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui

  • Pendermaan darah
  • Berjabat tangan dan berpelukan
  • Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
  • Berkongsi makanan dan perkakas dapur
  • Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur
  • Bersin, batuk, air peluh atau air kencing
  • Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang
  • Menjaga seseorang yang positif-HIV

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui samada saya telah dijangkiti?

Satu-satunya cara untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV

Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?

Permulaan jangkitan HIV biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda. Ada jangkitan yang akan menunjukkan simptom yang menyerupai demam selesema tiga sehingga enam minggu selepas jangkitan. tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain; orang itu mungkin sembuh dan berkeadaan sihat selama beberapa tahun sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. Tanda awal yang serupa juga berlaku semasa jangkitan virus lain. Oleh kerana tanda-tanda ini hilang dengan mudahnya, ramai yang tidak mengendahkannya dan mengaggapnya sebagai penyakit biasa. Jadi, satu-satunya cara untuk mendapat kepastian adalah dengan menjalani Ujian Antibodi HIV terutamanya jika anda rasa anda telah melakukan aktiviti yang berisiko.

SEKS SELAMAT

Apakah seks selamat?

Seks selamat adalah hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah tidak masuk ke dalam badan orang lain.

  • Seks selamat adalah hubungan seks menggunakan kondom lateks dan pelincir berasaskan air seperti gel K-Y.
  • Seks selamat adalah perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak tidak mempunyai luka atau ruam pada tangan mereka.

Cara-cara ini dipanggil "seks selamat" kerana ianya meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif-HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.

MITOS & BENAR TENTANG SEKS DAN HIV

Yang Benar

  1. Penggunaan kondom dengan betul adalah yang terbaik dalam menghalang jangkitan HIV semasa hubungan seks kerana ia diperbuat dari lateks/getah.
  2. Kondom juga boleh melindungi mulut, faraj, dubur dan zakar dari air mazi, air mani dan darah yang mengandungi HIV serta penyakit-penyakit kelamin lain.
  3. Jangan biarkan alkohol/dadah atau pasangan yang menarik mengalih perhatian anda daripada amalan seks selamat.
  4. Seks selamat adalah salah satu cara untuk menghalang jangkitan HIV.
  5. Anda boleh dijangkiti HIV jika melakukan seks tidak selamat.
  6. Masih tiada penawar untuk HIV/AIDS tetapi terdapat ubat anti HIV dalam pasaran yang boleh memperlahankan kemaraan penyakit ini.
  7. Anda tidak boleh dijangkiti HIV dengan berpelukan, berjabat tangan, bersentuhan, melancap dan berciuman.

MITOS

BENAR

1. Pil pencegah kehamilan boleh menghalang jangkitan HIVHanya kondom lateks sahaja yang boleh menghalang jangkitan HIV dari seseorang yang positif HIV ke seseorang yang lain
2.Aktiviti seks oral adalah selamat dari jangkitan HIVKalau bendalir seksual yang mengandungi HIV masuk ke dalam mulut yang mempunyai luka, risiko jangkitan masih boleh berlaku
3. Anda boleh mengetahui jika seseorang itu HIV+ dengan melihat raut muka orang tersebutAnda hanya boleh mengetahui status kesihatan seseorang jika orang tersebut menjalani Ujian Antibodi HIV

 

4. Jika anda dijangkiti HIV, anda tidak ada harapan lagiTerdapat ubat anti-HIV di pasaran yang boleh mengurangkan kemaraan HIV dalam badan serta memanjangkandan memperbaiki kualiti kehidupan seseorang yang positif HIV
5. Semasa melakukan seks selamat mahupun seks tak selamat, anda tidak akan dijangkiti HIV jika zakar sempat dikeluarkanAnda masih menghadapi risiko jangkitan kerana air mazi mengandungi HIVdan mungkin juga terdapat tumpahan air mazi dari dalam kondom semasa zakar dikeluarkan.

Anda boleh mengelak jangkitan HIV dengan mengamalkan 'seks selamat' atau tidak berkongsi jarum suntikan yang tercemar.

Kita boleh melambatkan penyebaran epidemik HIV jikalau semua orang mempunyai maklumat tepat dalam cara-cara pencegahan. Orang ramai sering bertindak secara prejudis dan penafian terhadap apa yang mereka tidak difahami. Reaksi-reaksi ini menghalang program-program pencegahan dan menyukarkan kehidupan orang-orang yang hidup dengan HIV/AIDS. KIta semua boleh membawa perubahan dengan melawan sikap prejudis dan penafian tersebut serta meningkatkan kefahaman mengenai HIV/AIDS.

      Baik kwn2.. Apa punca dan masalahya?

Punca HIV byk ye kwn2.. Antaranya ialah seks rambang. Maknanya seks sesuka hati mcm mkn me goreng, on9, main bola, tukar pakaian, dan mcm2 la. Seks dijadikan hobi dan alat permainan. Itulah masalahnya kerana jangkitan kuman HIV ini adalah melalui air mani. Justeru seks tidak selamat yg diamalkan oleh masyarakat Barat kini amat berbahaya. Penularan budaya kuning ini juga semakin membimbangkan kerana masyarat Malaysia, yg kaya dan terkenal dgn kesopanan dan kesuciannya semakin rosak dek kerana pengaruh Barat. Jgn terkejut ye kerana ini hakikat. Dewasa ini, lihatlah, tempat2 seperti Hotel Puduraya, Lorong Haji Taib, Hotel Hyatt,Swiss Garden,Pan Pacific,Seri Malaysia, rumah tumpangan Ak Keong pun.. Tidak mustahil terdapat pasangan bukan muhrim yg berpacaran di dlmnya. Adakah ini kemajuan yg kita inginkan?

Sedikit fakta utk renungan;

Penularan
HIV menular melalui hubungan kelamin dan hubungan seks oral, atau melalui anus, transfusi darah, penggunaan bersama jarum terkontaminasi melalui injeksi obat dan dalam perawatan kesehatan, dan antara ibu dan bayinya selama masa hamil, kelahiran dan masa menyusui. UNAIDS transmission. Penggunaan pelindung fisik seperti kondom latex dianjurkan untuk mengurangi penularan HIV melalui seks. Belakangan ini, diusulkan bahwa penyunatan dapat mengurangi risiko penyebaran virus HIV [3], tetapi banyak ahli percaya bahwa hal ini masih terlalu awal untuk merekomendasikan penyunatan lelaki dalam rangka mencegah HIV [4].

Pada akhir tahun 2004 diperkirakan antara 36 hingga 44 juta orang yang hidup dengan HIV, 25 juta di antaranya adalah penduduk sub-Sahara Afrika. Perkiraan jumlah orang yang terinfeksi HIV di seluruh dunia pada tahun 2004 adalah antara 4,3 juta hingga 6,4 juta orang. (AIDS epidemic update December 2004).

Wabah ini tidak merata di wilayah-wilayan tertentu karena ada negara-negara yang lebih menderita daripada yang lainnya. Bahkan pada tingkatan negara pun ada perbedaan tingkatan infeksinya pada daerah-daerah yang berlainan. Jumlah orang yang hidup dengan HIV terus meningkat di semua bagian dunia, meskipun telah dilakukan berbagai langkah pencegahan yang ketat.

Sub-Sahara Afrika tetap merupakan daerah yang paling parah terkena HIV di antara kaum perempuan hamil pada usia 15-24 tahun di sejumlah negara di sana. Ini diduga disebabkan oleh banyaknya penyakit kelamin, praktek menoreh tubuh, transfusi darah, dan buruknya tingkat kesehatan dan gizi di sana (Bentwich et al., 1995). Pada tahun 2000, WHO memperkirakan bahwa 25% unit darah yang ditransfusikan di Afrika tidak dites untuk HIV, dan bahwa 10% infeksi HIV di benua itu terjadi lewat darah. [5].

Di Asia, wabah HIV terutama disebabkan oleh para pengguna obat bius lewat jarum suntik, hubungan seks baik antarpria maupun dengan pekerja seks komersial, dan pelanggannya, serta pasangan seks mereka. Pencegahannya masih kurang memadai.

reference:materi referensi:


          Jadi pesan saya cukup mudah. Jgnla melakukan sesuatu perkara yg memudaratkan. Setiap hukum Tuhan itu ada kebenaran dan hikmah-Nya. Moga2  insan2 INI sedar akan kesilapan mereka dan KITA jg perlu hindari dan lebih baik jika mampu berdakwah. 

"Sampaikanlah pesananku walau sepatah" - Rasullullah SAW.

 Wallahu'alam.


No comments: