Follow me on twitter!

Fans :D

Follow by Email

June 16, 2009

PakCik MakCik... Jgn Slhkan Kami~

Assalamualaikum WBT..

Isu kali ini agak menarik. Mungkin kerana inilah pertama kali saya menyentuh isu politik. Tetapi, sedutan politik itu pun cume sebahagian sahaja. Kali ini saya ingin mengetengahkan isu tentang remaja sekarang. Masalah sosial. Saban hari kita melihat remaja Malaysia semakin kehilangan identiti. Krisis identiti, ayat mudahnya. Namun apa yg paling membimbangkan ialah gejala sosial yg semakin menjadi2 ini. Pihak Polis Bukit Aman mendedahkan kebanyakan masalah sosial yg berlaku di negara ini dilakukan oleh remaja. Akibatnya, pelbagai gejala sosial yg berlaku 'diserasikan' dgn remaja. Semuanya dikaitkan dgn KAMI.

Bukannya hendak menafikan kebenaran, cuma ingin mengajak warga emas/belia/org dewasa/bukan remaja supaya muhasabah diri. Setiap perkara yg berlaku ada sebabnya. Masalah skrg ialah pihak masyarakat terlalu memfokuskan kpd MASALAH, bukan kpd PUNCANYA. Jikalau semua org benar2 'berfikir', mengapakah remaja2 ini jd sebegitu. Gejala MEREMPIT/samseng jalanan, merokok, rogol, penyalahgunaan dadah, semuanya ada punca UTAMAnya. Saya bukannya mahu mengajak rakan2 menuding jari kpd sesiapa, cuma mahu mereka yg berfikiran kolot cuba melakukan transformasi minda dan anjakan paradigma.

MASALAH KRONIK
Kebanyakan masyarakat terlalu memandang serong terhadap golongan remaja. Nampak sahaja anak2 muda 'shuffle' di sekitar KL, dilabel budak tidak berguna. Lintas sahaja pemuda menaiki motosikal dihadapan mereka dilabelkan sebagai matrempit. Tahu ataupun tidak sebenarnya kata2 itu sbnrnya suatu doa. Di sini saya ingin menegaskan bahawa anak2 muda ini tidak akan secara azalinya menjadi MATREMPIT,PENAGIH DADAH,perogol, tetapi puncanya pelbagai.

Punca yg paling berpengaruh ialah pemimpin. Pemimpin itu meliputi pelbagai peringkat. Daripada pemimpin keluarga sehinggalah kpd pemimpin negara. Hari ini saya ingin memfokuskan kpd pemimpin negara. Saya ingin mengambil contoh beberapa perkara yg berlaku di DEWAN 'RAKYAT'.

  1. speaker Perak, Sivakumar diangkat seperti knk2 oleh beberapa anggota berkuasa(yg tidak sepatutnya ada di situ) beredar daripada kerusi speakernya - kekerasan
  2. beberapa ahli pembangkang memakai pengikat kepala 'Bubar DUN' dan berteriak di dlm DEWAN 'RAKYAT' - pasar mlm
  3. ******* mencarut semasa sidang parlimen - adab


Itu sahaja.. Saya tidak mahu komen pihak mana yg benar ataupun salah. Cuma ingin mengambil tindakan mereka sebagai 'contoh' yg pastinya akan menjadi ikutan anak muda skrg. Justeru, tidak hairanlah kalau remaja2 kita berperangai seperti ini. Maknanya mereka mencontohi org yg sepatutnya dicontohi..

Sekian..~


2 comments:

areyouserius said...

pelik sebenarnye, Islam mengajar kita adab2 serta tingkah laku yg baik...

Jika benar ADUN mahukan kehendak mereka diterima, itu bukan jalannya!

Rasululah tidak mengajar umatnya untuk membuat kekerasan apatah lagi untuk berbicara dgn perkataan yang melampau, kita patut ingat balik...

Lebih2 lagi yang membawa nama baik Islam, mereka tidak sepatutnya berbuat demikian...inilah yang berlaku apabila emosi mengawal akal...

p/s: sekadar pendapat...

Hiz'da said...

ruserious> thx utk pndpt!