Follow me on twitter!

Fans :D

Follow by Email

February 11, 2009

JIKA KAMU MEMANCING IKAN.......


JIKA KAMU MEMANCING IKAN,SETELAH IKAN ITU TERLEKAT DI MATA KAIL,
HENDAKLAH KAMU MENGAMBIL TERUS IKAN ITU,
JGN SESEKALI KAMU LEPASKANNYA SEMULA KE DALAM AIR BEGITU SAJA KERANA IA AKAN SAKIT
OLEH SEBAB BISANYA KETAJAMAN MATA KAILMU DAN MUNGKIN IA AKN MENDERITA SELAGI IA MASIH IDUP…


BEGITU JUGA SETELAH KAMU MEMBERI BANYAK PENGHARAPAN KEPADA SESEORANG,
SETELAH IA MULA MENYAYANGIMU HENDAKLAH KAMU MENJAGA HATINYA,
JANGAN SESEKALI KAMU TERUS MENINGGALKANNYA BEGITU SAJA,
KERANA DIA AKAN TERLUKA OLEH KENANGAN BERSAMAMU,
MUNGKIN TIDAK DAPAT MELUPAKAN SEGALANYA SELAGI DIA MENGINGATIMU..


JIKA KAMU MENADAH AIR BIARLAH BERPADA-PADA,JGN TERLALU MENGHARAP
PADA TAKUNGANNYA DAN JANGANLAH KAMU MENGANGGAPNYA
BEGITU ISTIMEWA,ANGGAPLAH IA MANUSIA BIASA.
APABILA SEKALI DIA MELAKUKAN KESILAPAN BUKAN MUDAH BAGI KAMU UNTUK MENERIMANYA,
AKHIRNYA KAMU KECEWA DAN MENINGGALKANNYA.
SEDANGKAN JIKA KAMU MEMAAFKANNYA BOLEH JADI HUBUNGAN KAMU AKAN BERTERUSAN HINGGA KE AKHIRNYA..


JIKA KAMU TELAH MEMILIKI SEPINGGAN NASI,YANG KAMU PASTI BAIK UNTUK DIRIMU,
MENGENYANGKAN,BERKHASIAT.MENGAPA KAMU CUBA MENCARI MAKANAN YANG LAIN???
TERLALU MENGEJAR KELAZATAN,KELAK NASI ITU AKAN BASI DAN KAMU TIDAK BOLEH MEMAKANNYA..KAMU AKAN MENYESAL..


BEGITU JUGA JIKA KAMU BERTEMU DENGAN SESEORANG INSAN,YANG KAMU PASTI MEMBAWA
KEBAIKAN KEPADA DIRIMU.MENYAYANGIMU.MENGASIHIMU.MENGAPA KAMU BERLENGAH???
CUBA MEMBANDINGKANNYA DENGAN ORANG LAIN.TERLALU MENGEJAR KESEMPURNAAN.
KELAK,KAMU AKAN KEHILANGANNYA APABILA DIA MENJADI MILIK ORANG LAIN.
KAMU AKAN MENYESAL…

nukilan-sahabatku(shaheelafarhah)

No comments: