Pages

Follow me on twitter!

Fans :D

February 1, 2009

Kekejaman Zionis








"Wahai org beriman! Janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada sesetengah yang lain, dan sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim,"

Surah al-Maidah
Ayat 51

Demikianlah firman Allah SWT tentang kaum Yahudi dan Nasrani, betapa liciknya mereka itu sehingga Allah telah memberikan amaran kepada mereka yang beriman bahawasanya kaum itu penuh dengan tipudaya dan helah. Tidak hairanlah keturunan Bani Israel ini melakukan kekejaman yang sudahpun jelas di mata dunia sekarang, hanya orang yang kejam dan sesat sahaja tidak akan menyedari realiti ini kerana sudahpun dikaburi dengan dosa kekejaman mereka sendiri.

Ini sedikit mukadimah. Berhubung dengan isu semasa, kekejaman laknatullah si Zionis mengasak, mengebom Gaza(bahkan dengan bom kimia, fosforus yang meninggalkan kesan jangka masa panjang), mari kita imbas kembali kekejaman yang tela dilakukan Zionis sepanjang kewujudan mereka. Ingat-ingatlah, nasib kita tidak selalunya baik. Bersedia. Besok mereka, mana tahu lusa kita pula yang menjadi mangsa.


  • 13 Disember 1947 -Yehida, sebuah perkampungan Islam berhampiran Petah Tekva(petempatan pertama zionis yang dibina pada 1878) diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera British melepaskan tembakan dan mengebom rumah penduduk di perkampungan itu
  • 1 januari 1948 - Kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom menceroboh kampung Al-Sheikh(5km dari tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak
  • 9&10 April 1948 - Dalam operasi Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampung Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu seramai 250 orang Arab telah dibunuh dengan kejam dan mereka merogol wanita serta mebelah perut wanita hamil dan dikudungkan 52 kanak-kanak kaki dan tangan mereka
  • 11 julai 1948 - batalion ke-89 komando Yahudi diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle selepas berjaya menawan perkampungan itu. Seramai 100 orang menerima pengampunan itu dan berkumpul di Masjid Dhmash seperti yang dijanjikan dan akhirnya mereka ditembak mati
  • 15hingga18 September 1982 - 3000 kanak-kanak dan wanita Palesitn disembelih di khemah Sabra dan Shatila, Lubnan. Ketua tukang sembelih yang celaka itu ialah si laknat Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri ISrael
Nah. inilah sedikit fakta kecelakaan yang dilakukan negara HARAM Israel. Renungkan.~

sumber - Berita Harian

No comments: